3 pemain Selangor membuat keputusan untuk meninggalkan pasukan dengan status berbeza.
Usaha memantapkan skuad Gergasi Merah diteruskan tatkala beberapa pemain mula membawa haluan baharu.
Pasukan bimbingan Katsuhito Kinoshi berada pada momentum terbaik apabila merekodkan 7 kemenangan dan satu keputusan seri dalam 8 aksi terakhir.
The Red Giants kini juga selangkah untuk memasuki final MFL Challenge Cup 2025 dengan Penang bakal menjadi halangan terakhir pasukan.
Pertahanan kental Uzbekistan, Umar Eshmurodov menjadi tonggak penting yang meninggalkan Selangor selepas Reziq Bani Hani.
Langkah beliau disusuli oleh pemain muda negara, Muhammad Abu Khalil yang menyertai kelab gergasi Thailand, Nakhon Pathom United secara pinjaman.
Selangor kini dalam pemburuan untuk meraih tangga terbaik Liga Super selain berpeluang untuk meraih trofi pertama musim ini.
Selangor dalam misi untuk merapatkan jurang dengan pendahulu liga, JDT yang terpisah 13 mata untuk mendapatkan slot ke pentas Asia tahun hadapan.