Pemain tengah muda Malaysia, Muhammad Abu Khalil pantas mendapat kepercayaan kelab barunya, Nakhon Pathom United.
Pemain tengah berusia 18 tahun itu diberi peluang membuat penampilan pertama oleh jurulatih Nakhon Pathom, Thongchai Sukkoki.
Muhammad masuk sebagai pemain gantian pada permulaan separuh masa kedua aksi menentang Bangkok United. Beliau masuk menggantikan Sunchai Chaolakhwan.
Muhammad menyertai The King Tigers secara pinjaman dari Selangor FC sehingga akhir musim 2024/25. Sebelum ini, beliau menghabiskan tempoh pinjaman bersama kelab J3 League, FC Osaka.
Muhammad menjadi pemain Malaysia kedua beraksi untuk Nakhon Pathom selepas rakan senegara, Fergus Tierney. Tierney menyertai The King Tigers secara pinjaman dari Johor Darul Ta’zim (JDT).
Selain mereka, Thongchai turut merekrut pemain pertahanan Iran, Amirhossein Nemati dan mendapatkan bek tengah Persija, Meshaal Hamzah secara pinjaman.
Keempat-empat pemain merupakan tonggak import baru Nakhon Pathom untuk mengharungi baki musim 2024/25.
Kemasukan Muhammad dan Taku Ito pada separuh masa kedua membantu Nakhon Pathom United mengikat kedudukan 1-1 dengan Bangkok Angels.
Kedua-dua pasukan kini mencari gol kemenangan dengan perlawanan berbaki 23 minit.