Advertising
Dion Cools Pilih 3 Pemain Terbaik 2024
MakanBola
FA Malaysia

Ketua pasukan skuad kebangsaan Malaysia, Dion Johan Cools telah menyenaraikan tiga pemain terbaik untuk sepanjang tahun 2024.

Dion membuat pilihan tersebut melalui kapasiti sebagai ketua pasukan kebangsaan bagi FIFA Best Awards 2024 yang telah dinoktahkan pemenangnya pada bulan Disember 2024.

Ad

Dalam satu hebahan dari laman FIFA, Dion Cools telah memilih pemain Real Madrid dan skuad kebangsaan Brazil iaitu Vinicius Junior sebagai pilihan pertama yang memperolehi 5 mata.

Ad

Bagi pilihan kedua, Cools memilih pemain tengah Manchester City dan skuad kebangsaan Sepanyol, Rodri yang memperolehi 3 mata.

Manakala bagi pilihan ketiga dan memperlehi satu mata, Cools memilih bintang muda sensasi Barcelona dan skuad kebangsaan Sepanyol iaitu Lamine Yamal.

Ad

FIFA Best Awards 2024 telah dilangsungkan dengan Vinicius Junior berjaya memenangi kategori pemain terbaik lelaki selepas mengumpul 48 mata.

Ad

Rodri berada di tangga kedua dengan 43 mata manakala pemain Real Madrid, Jude Bellingham menduduki tangga ketiga dengan 37 mata keseluruhan.

Ad

Untuk rekod, Lionel Messi merupakan pemenang bagi anugerah ini untuk dua tahun berturut-turut iaitu pada tahun 2022 dan 2023.