Harimau Malaya
FA Malaysia
Advertisements

Bahang semakin terasa menjelang aksi akhir Pestabola Merdeka antara pasukan Malaysia dan Tajikistan pada Selasa ini.

Advertisements

Kelibat 3 pemain ini pastinya mencuri tumpuan dalam membantu pasukan Harimau Malaya meraih trofi pertama dibawah kendalian Kim Pan-gon.

1. Syihan Hazmi

Advertisements

Penjaga gol berusia 27 tahun ini menjadi pilihan utama ketua jurulatih untuk menjaga gawang gol Malaysia sejak tahun lalu.

Syihan Hazmi Johor Southern Tigers 1 3 Pemain Tumpuan Malaysia 'Gegar' Tajikistan

Kemampuan menyelamat dan juga kawalan bola dikaki beliau menjadi kekuatan utama penjaga gol JDT ini.

Advertisements

Malah pengalaman beraksi dalam Thai King’s Cup tahun lalu pastinya menambahkan lagi keyakinan Syihan dalam memberikan aksi terbaik bertemu Tajikistan.

Syihan kini telah merekodkan 14 penampilan bersama skuad kebangsaan dan berjaya mencatat 6 cleansheet.

2. Dion Cools

‘Kereta kebal’ Malaysia dibahagian pertahanan ini sentiasa memberikan sepenuh tenaga ketika menyarung jersi Harimau Malaya.

Malah Dion Cools turut menyumbang 1 gol dalam kemenangan 4-2 ke atas India tempoh hari.

Dion Cools mampu bermain sebagai pertahanan tengah dan juga pertahanan kanan dan kini telah bermain sebanyak 17 kali untuk pasukan Malaysia.

3. Faisal Halim

Pemain sayap lincah ini merupakan senjata utama Kim Pan-gon dalam membina gerakan berbahaya dan memecahkan blok pertahanan lawan.

Kelincahan dan kepantasan Faisal Halim membawa bola serta keserasian beliau bersama Arif Aiman telah banyak kali berjaya mengucar-kacirkan barisan pertahanan lawan.

Faisal Halim juga turut cemerlang bersama Selangor untuk musim ini apabila berjaya merekodkan 11 gol dan 8 bantuan jaringan.

Penutup

Kelibat 3 pemain ini pastinya menjadi harapan penyokong Harimau Malaya untuk melihat pasukan kebangsaan menjulang trofi pertama dibawah kendalian ketua jurulatih Kim Pan-gon.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram