Liga Super
Perak FC
Advertisements

Ketangkasan seorang penjaga gol seringkali menjadi tumpuan ramai dengan aksi penyelamatan bagi mengelak dari dibolosi pemain lawan.

Ketika banyak mata tertumpu kepada penjaga gol Johor Darul Ta’zim (JDT), Syihan Hazmi yang jarang dibolosi, pasti ramai yang terlupa untuk melihat penjaga gol manakah yang paling sibuk dalam mempertahankan gawang dalam saingan Liga Super musim ini.

Melihat kepada statistik di laman MFL, penjaga gol Negeri Sembilan FC, Sikh Izhan Nazrel merupakan penjaga gol yang paling banyak membuat penyelamatan iaitu sebanyak 65 penyelamatan. Penyelamatan yang banyak itu meletakkan Sikh Izhan kini di atas carta penyelamatan terbanyak.

Advertisements

Tempat kedua pula menjadi milik penjaga gol Terengganu FC, Suhaimi Husin. Suhaimi yang mempamerkan aksi memberangsangkan musim ini telah membuat sebanyak 49 penyelamatan percubaan dari pemain lawan.

Kecemerlangan Suhaimi itu juga turut dibawa ke dalam saingan Piala AFC yang mana beliau turut menyerlah dengan penyelamatan yang banyak. Jadi tidak pelik namanya dipanggil ke kem skuad kebangsaan kendalian Kim Pan-gon.

Manakala tempat ketiga pula dipegang penjaga gol Perak FC, T. Shaheeswaran. Bekas penjaga gol JDT itu berjaya membuat sebanyak 47 penyelamatan. Jumlah tersebut dijangka akan meningkat dari perlawanan ke perlawanan.

Advertisements
shots saved liga super 3 Penjaga Gol Paling Sibuk Dalam Liga Super
Sikh Izhan di puncak carta diikuti Suhaimi dan Shaheeswaran.

Ketiga-tiga penjaga gol ini merupakan penjaga gol paling sibuk mempertahankan gawang pasukan mereka daripada dibolosi. Sikh Izhan dan Suhaimi Husin sebelum ini pernah dipanggil ke skuad kebangsaan. Tidak mustahil, T. Shaheeswaran juga berpeluang untuk merebut tempat ke skuad kebangsaan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram