Pertemuan Harimau Malaya berdepan Papua New Guinea menyaksikan beberapa muka baharu mampu jadi taruhan pengendali negara, Kim Pan-gon.
Malaysia berjaya mencatatkan kemenangan selesa 4-1 namun dijangka mempertaruhkan beberapa muka baharu untuk menguji kekuatan pemain dalam pasukan.
Sungguhpun nama-nama seperti Nooa Laine, Junior Eldstal, Syahmi Safari dan ramai lagi bakal diuji Pan-gon, tumpuan terarah kepada rangkaian trio serangan Malaysia yang dijangka berubah wajah.
Berikut merupakan antara pemain yang wajar diberikan peluang beraksi.
- Akhyar Rashid
Pemain berusia 24 tahun ini merupakan antara tunjang utama buat jentera serangan Malaysia sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Sungguhpun bergelut untuk mendapatkan minit bermain di peringkat kelab, anak jati Kedah ini sentiasa beraksi dengan baik bersama skuad kebangsaan.
Akhyar menjaringkan dua gol ketika bertemu dengan Hong-Kong dan Turkmenistan pada aksi persahabatan Mac lalu namun masih gagal menambat hati jurulatiu JDT, Tano Solari.
Beliau bagaimanapun dijangka akan diberikan peluang oleh pengendali kelahiran Korea Selatan ini membuktikan kemampuan bagu mengukuhkan tempat ke Piala Asia.
2. Shahrel Fikri
Pemain Negeri Sembilan FC ini sedang berada dalam momentum terbaik apabila kerap kali diturunkan dalam kesebelasan utama pasukan.
Beraksi di bawah kendalian K. Devan, pemain berusia 28 tahun ini cemerlang mencatat 4 jaringan dengan minit permainan yang terhad.
Pemain yang mesra disapa Eky ini jelas mampu mengisi kekosongan jentera serangan Malaysia yang ketiadaan penyerang tulen sehingga melepaskan rentetan peluang berharga menentang Kepulauan Solomon.
3. Safawi Rasid
Pemain sensasi JDT ini menjaringkan satu gol ketika masuk sebagai pemain gantian berdepan Kepulauan Solomon tempoh hari.
Bintang kelahiran Terengganu ini juga bergelut untuk meraih minit bermain di kelab setelah pulang dari tempoh pinjaman bersama Ratchaburi FC.
Ketajaman Safawi bagaimanapun masih tidak berkarat selepas beliau membuktikan kualiti yang ada padanya dalam aksi lalu.
Beliau dijangka mampu mengisi mana-mana posiis pada bahagian serangan untuk menggempur lawan pada hari Selasa.
Kesimpulan:
Malaysia memiliki banyak pilihan untuk mengisi posisi di bahagian serangan tatkala pemain naturalisasi seperti Paulo Josue, Lee Tuck dan Endrick juga memberi sumbangan yang besar setiap kali diturunkan.
Keperluan untuk membesarkan ‘pool’ pemain buat skuad kebangsaan juga amat penting agar skuad negara memiliki barisan pemain dengan kualiti setanding sama ada pemain utama mahupun simpanan.