Dunia
TRW Kelantan, Selangor FC, JDT
Advertisements

Malaysia menampilkan aksi yang positif dalam 2 aksi persahabatan antarabangsa menentang Filipina dan Singapura. Meraih 1 kemenangan dan 1 kekalahan, Malaysia bermain baik terutamanya dalam aspek menyerang walaupun Kim Pan-gon hanya membawa 2 penyerang tulen ketika itu setelah Darren Lok positif Covid-19.

Malaysia tetap menyerang dengan baik walaupun hanya menggunakan Syafiq Ahmad dan Luqman Hakim sebagai penyerang negara, namun itu tidak bermakna masalah jentera serangan Harimau Malaya sudah selesai. Hal ini dapat dilihat sewaktu perlawanan menentang Singapura dimana Syafiq Ahmad mengalami kecederaan dan Sumareh masuk menggantikan beliau.

Sumareh sedikit bergelut bermain dibahagian centre forward kerana beliau kerap bermain sebagai pemain sayap kanan dan kadang kala turut bermain dibahagian sayap kiri. Ini menandakan Malaysia perlua menambah squad depth di posisi penyerang tengah. Antara pemain yang berpeluang untuk meraih kepercayaan Kim Pan-gon ialah Shahrel Fikri.

Advertisements
Shahrel 2 3 Penyerang Tempatan Berpeluang Melengkapkan Jentera Serangan Kim Pan-gon
Selangor FC

Shahrel Fikri bermain dengan baik apabila diletakkan sebagai penyerang tengah dalam beberapa musim lalu namun beliau terpaksa berehat panjang setelah ditimpa kecederaan ACL. Kini kembali memperkuatkan barisan serangan Selangor, Shahrel Fikri perlu mengembalikan prestasi cemerlang beliau jika mahu berada dalam skuad Kim Pan-gon.

Lebih-lebih lagi dengan tubuh yang semakin tegap dan berotot, ini memberi sedikit kelebihan fizikal buat Shahrel jika diberi tugasan sebagai penyerang tengah. Shahrel yang kini berusia 27 tahun telah melakukan 14 penampilan bersama skuad Harimau Malaya sebelum ini dan berjaya menjaringkan 5 gol dan 1 bantuan jaringan.

TRW Kelantan FC

Selain Shahrel Fikri, kelibat penyerang tengah yang bermain untuk Kelantan buat masa ini juga harus diberi perhatian. Nurshamil Abdul Ghani melalui musim yang cemerlang pada musim lalu apabila memenangi anugerah Penjaring Terbanyak Tempatan Liga Premier dengan rekod 9 gol. Malah 8 daripada gol beliau adalah menerusi gol padang dan hanya 1 gol menerusi sepakan penalti.

Advertisements

Pemain yang kini berusia 27 tahun turut mampu menghasilkan impak walaupun masuk sebagai pemain simpanan sewaktu bersama Kelantan. Malah musim ini Nurshamil telah berjaya menjaringkan gol pertamanya apabila diberi peluang turun sebagai kesebelasan utama pasukan Kelantan dalam aksi menentang UiTM FC.

Ketajaman Nurshamil dihadapan gawang gol lawan terbukti apabila beliau kerap menjaringkan gol dalam kawasan kotak penalti. Walaupun Nurshamil beraksi di Liga Premier, tidak mustahil beliau berpeluang menyarung jersi Harimau Malaya setelah staf kejurulatihan Kim Pan-gon turut dibarisi pakar analisis iaitu Lim Jaehun.

Johor Southern Tigers

Seorang lagi penyerang ialah Hazwan Bakri. Walaupun nama beliau sedikit tenggelam dan kini sudah mencecah usia 30 tahun, itu tidak bermakna peluang Hazwan untuk beraksi buat Malaysia sudah lupus. Disebalik kekurangan minit permainan, Hazwan tetap menjalani latihan berintensiti tinggi bersama skuad JDT malah beliau kerap membarisi skuad JDT II di Liga Premier.

Advertisements

Harus diakui bahawa nama Hazwan Bakri dalam senarai penjaring gol sudah semakin hilang namun jika beliau optimis menampilkan aksi cemerlang dan mampu merobek kembali kesebelasan utama JDT, Hazwan Bakri masih relevan buat Harimau Malaya.

Barisan kejurulatihan Kim Pan-gon harus memberi perhatian kepada 3 nama tersebut kerana posisi penyerang tengah negara ketika ini masih kritikal. Walaupun sudah ada nama seperti Syafiq Ahmad, Luqman Hakim dan Darren Lok, Malaysia harus bersedia dengan beberapa nama bagi mengelakkan sebarang masalah lebih-lebih lagi Harimau Malaya bakal mengharungi pusingan kelayakan Piala Asia pada bulan Jun ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram