Dunia
TRW Kelantan FC
Advertisements

Gol pertama Kelantan FC hasil jaringan Nurshamil Abdul Ghani dalam pertemuan terakhir Liga Premier menentang Selangor FC II telah meletakkan beliau sebagai penjaring terbanyak pemain tempatan Liga Premier 2021.

Nurshamil berjaya memintas pemain muda daripada skuad Projek FAM-MSN, Azhad Harraz yang memiliki rekod 8 gol setelah beliau menyumbang 1 gol buat Kelantan FC dalam perlawanan terakhir liga. Selain Azhad yang berada ditangga kedua, Zaquan Adha pula berada ditangga ketiga dengan rekod 7 gol.

Untuk rekod, 8 gol Nurshamil adalah jaringan dari dalam kotak penalti dan 1 gol lagi menerusi sepakan penalti. Baka pemain fox in the box jelas diwarisi Nurshamil apabila beliau amat klinikal sewaktu mendapat bola di dalam kotak penalti.

Advertisements
shamil kel Naluri 'Fox In The Box' Julang Nurshamil Selaku Penjaring Terbanyak Tempatan Liga Premier 2021
Gambar dari Facebook TRW Kelantan FC

Peranan fox in the box merupakan gaya permainan seorang pemain yang cemerlang menjaringkan gol apabila berada dalam kotak penalti. Mereka akan kerap berlegar serta melakukan percubaan dari dalam kotak penalti dan kunci utama kejayaan peranan ini ialah mempunyai penyudah yang baik.

Nurshamil pernah bermain untuk pasukan PKNS, Melaka United, Selangor United dan juga Penang FC sebelum beliau menyertai Kelantan FC. Beliau juga pernah menjadi penjaring terbanyak Liga FAM dengan rekod 15 gol sewaktu membantu Melaka menjadi juara Liga FAM pada tahun 2015.

Walaupun kerap menjadi pemain gantian pada awal musim, konsistensi Nurshamil dalam meledak gawang gol pihak lawan telah membuka peluang kepadanya untuk membarisi kesebelasan utama pasukan Kelantan FC.

Advertisements
Gambar dari Facebook TRW Kelantan FC

Malah pemain berusia 27 tahun ini turut menjadi penjaring terbanyak buat pasukan Kelantan FC pada musim ini. Selain beliau, Jack Hindle dan Ringgo juga menghiasi carta penjaring Kelantan FC dengan masing-masing menyumbang 3 gol.

Nurshamil turut berpeluang menambah lagi jumlah jaringan beliau bersama Kelantan FC apabila Kelantan bakal mewarnai saingan Piala Malaysia dalam kumpulan D bersama Johor DT, PJ City FC dan Sabah FC. Piala Malaysia 2021 mampu menjadi pentas buat Nurshamil untuk membuktikan ketajaman beliau sebagai seorang penyerang tempatan apabila bakal bertemu pasukan dari Liga Super.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram