Liga Super
FA Malaysia
Advertisements

Kelibat penyerang tempatan sentiasa menjadi perhatian penyokong liga Malaysia ekoran posisi itu kerap kali diberikan kepada pemain import ketika ini.

Berikut merupakan 3 penyerang tempatan yang tampil menyengat dalam saingan liga Malaysia musim 2023:

1. Shahrel Fikri (Negeri Sembilan FC)

Advertisements
Shahrel fikri 6 3 Penyerang Tempatan Tampil Menyengat Musim Ini

Shahrel Fikri pamer kebangkitan bersama Negeri Sembilan untuk kembali meledak jaringan dalam saingan Liga Super.

Sebelum ini Shahrel Fikri mengalami kecederaan ACL pada tahun 2021 dan mengharungi tempoh sukar untuk tahun seterusnya bersama Selangor.

Advertisements

Musim ini, Shahrel menjaringkan 7 gol serta mencatat 2 bantuan jaringan untuk 19 penampilan bersama Negeri Sembilan.

Penyerang versatil ini juga kerap beraksi diposisi sayap kiri pasukan selain daripada posisi penyerang tengah.

Advertisements

2. Engku Nur Shakir (Terengganu FC)

Pemain sayap Terengganu ini tampil berbeza dibawah kendalian Tomislav Steinbruckner apabila beliau kerap bermain dibahagian tengah serangan musim ini.

Advertisements

Nur Shakir kerap bermain selaku pemain tengah menyerang untuk memberikan sokongan kepada penyerang Ivan Mamut dan kadangkala pemain ini digandingkan bersama-sama Ivan Mamut membentuk gandingan 2 penyerang.

Pemain berusia 25 tahun ini menjaringkan 7 gol dan mencetak 4 bantuan jaringan dalam semua pertandingan untuk Terengganu musim ini.

Malah sewaktu bermain untuk TFC II, Nur Shakir bermain diposisi penyerang tengah pasukan.

3. Darren Lok (Sabah FC)

Penyerang utama Harimau Malaya, Darren Lok kini berada dalam prestasi terbaik beliau apabila membimbing Sabah ke peringkat kalah mati Piala AFC.

Darren Lok telah menjaringkan 12 gol serta mencatat 5 bantuan jaringan dalam semua pertandingan musim ini.

Malah pemain ini turut menjadi sandaran utama Kim Pan-gon diposisi penyerang tengah Malaysia dan jaringan tunggal beliau ke atas Chinese Taipei berjaya memberikan 3 mata berharga buat Harimau Malaya.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram