3 tonggak Terengganu membuat keputusan untuk meninggalkan pasukan sejak permulaan musim 2024/25.
Skuad yang ketika itu dibimbing oleh Tomislav Steinbruckner menerima tamparan hebat selepas kehilangan pemain sayap, Soni Norde yang memilih untuk ke Kedah.
Skuad Peteh meneruskan perjuangan selepas memperoleh sentuhan duo pinjaman JDT, Akhyar Rashid dan juga Safawi Rasid.
Permulaan kurang baik pada aksi Asean Shopee Cup menyaksikan nasib jurulatih Croatia itu berakhir apabila kontraknya ditamatkan.
Usaha untuk terus bersaing secara kompetitf dikejutkan dengan pemergian pemain muda berbakat iaitu Hakimi Abdullah.
Tonggak berusia 24 tahun itu kurang mendapat tempat lalu membuat keputusan untuk berhijrah ke Kelantan Darul Naim dan menjadi watak penting di sana.
Bahagian pertahanan Terengganu menerima ujian berat selepas pertahanan import, Matthew Steenvoorden membuat keputusan untuk meninggalkan pasukan Pantai Timur itu.
Pemain berusia 31 tahun itu kini menyertai kelah Croatia, HNK Gorika untuk baki musim 2024/25.
Aksi antara Kedah dan Terengganu akan berlangsung pada 19 Oktober 2024 jam 9 malam di Stadium Darul Aman.