36% Peminat Pilih Arif Aiman Pemain Terbaik vs Buriram United
MakanBola
Johor Southern Tigers

Majoriti peminat bola sepak memilih Arif Aiman Hanapi sebagai pemain terbaik perlawanan dalam aksi Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE) antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Buriram United.

Semakan di Sofascore menunjukkan Arif Aiman menjadi pilihan undian peminat dengan 36%, Dua lagi rakan sepasukan, Marcos Guilherme dan Oscar Arribas masing-masing mendapat 23% dan 13%.

Penjaga gol Buriram, Neil Etheridge melengkapkan senarai pemain pilihan peminat apabila menerima undian sebanyak 10%.

Arif Aiman juga menjadi pilihan Sofascore sebagai pemain terbaik perlawanan dengan mendapat markah 7.5. Meskipun tidak menjaringkan gol, pergerakan pemain sayap Harimau Malaya itu kerap mencemaskan benteng Buriram.

Malah, gerakan Arif Aiman turut membawa kepada penalti buat JDT pada minit-minit akhir permainan. Walau bagaimanapun, penalti Bergson berjaya dinafikan Etheridge sekali gus memastikan keputusan 1-1 kekal sehingga tamat perlawanan.

Guilherme dan penyerang Buriram, Stefan Schimmer masing-masing mendapat markah 7.4 dan 7.3. Arribas pula mendapat 7.2 mata selepas menjaringkan gol dalam perlawanan itu.

Malah, gol pemain berusia 27 tahun itu turut menjadi sebutan akaun rasmi ACLE. Rembatan Arribas dianggap terlalu kuat dan sukar dihalang Etheridge sebelum menerjah jaring.