Advertising
4 Calon Jurulatih Malaysia Jadi Pembantu Peter Cklamovski
Harimau Malaya
MakanBola
TFC/SFC/FAM

4 nama jurulatih Malaysia disebut-sebut sebagai pembantu kepada pengendali baharu negara, Peter Cklamovski.

Jurulatih kelahiran Australia berusia 46 tahun itu dilantik untuk mengemudi Harimau Malaya menjelang aksi Kelayakan Piala Asia 2027 bermula Mac tahun hadapan.

Ad

Seorang pembantu jurulatih kelahiran Malaysia dijangka bakal membantu bekas jurulatih FC Tokyo ini terutamanya dalam membentuk skuad terbaik menjelang kejohanan penting itu.

Ad

Berikut merupakan antara calon pembantu terbaik buat Cklamovsksi bersama Harimau Malaya.

4-E. Elavarasan

Ad

Jurulatih berpengalaman luas ini sudah menabur bakti sejak ketibaan Kim Pan-gon kira-kira dua tahun lalu.

Ad

Beliau juga pernah mengendalikan skuad Malaysia B-23 secara sementara selain memiliki pengalaman luas pada peringkat negara.

Ad

Pengendali berusia 59 tahun ini menjadi antara calon segera buat pasukan kebangsaan sekiranya Cklamovski mahukan individu yang sudah arif bersama Harimau Malaya.

3-Akmal Rizal

Bekas pengendali Penang ini antara calon yang berpotensi untuk mengisi posisi pembantu kepada Cklamovski.

Beliau antara watak penting yang membantu pemain Penang seperti Sikh Izhan, Adib Ra’op dan Syamer Kutty mendapat panggilan kebangsaan.

Akmal kini bergelas ejen bebas selepas berpisah awal dengan The Phanters sekaligus berpotensi untuk menjadi pembantu Peter Cklamovski.

2-Hairuddin Omar

Pengendali Terengganu ll antara calon hangat yang disebut-sebut untuk bersama pasukan kebangsaan.

Pelantikan Nafuzi Zain bersama Malaysia B-23 memberi gambaran awal bahawa lebih ramai tenaga pengendali muda ditagih untuk membantu pasukan kebangsaan.

Hai-O juga memacu kejayaan Terengganu ll untuk muncul juara Piala MFL menewaskan JDT ll tahun lalu.

1-Tan Cheng Hoe

Bekas pengendali Selangor FC ini kini masih bergelar ejen bebas selepas tidak lagi bersama kelab Thailand, Ratchaburi FC.

Beliau memiliki pengalaman luas bersama skuad kebangsaan terutamanya ketika era menjadi ketua jurulatih bermula tahun 2017-2022.

Pengalaman jurulatih berusia 56 tahun itu dilihat mampu memberikan impak besar selain pernah berkelana di luar negara.

Kesimpulan:

Malaysia perlu muncul juara kumpulan berdepan Vietnam, Nepal dan Laos dalam misi ke Arab Saudi 2027.