4 Kelab Liga Super Buru Khidmat Bintang Berbakat Besar Kelantan
Transfer
TRW Kelantan FC
Advertisements

Selepas meninggalkan pasukan Kelantan FC, khidmat Muhaimin Izuddin Muhammad Asri bakal menjadi buruan kelab-kelab Liga Super.

Ini selepas wartawan MakanBola, Faris Zukeiman mendedahkan ada empat pasukan Liga Super yang berhajat mendapatkan khidmat beliau.

Keupayaan Muhaimin, 21, beraksi di bahagian sayap atau bahagian tengah menyerang mampu menjadi aset kepada mana-mana pasukan yang berminat.

Advertisements

Walaupun prestasi The Red Warriors kurang memberangsangkan musim ini disebabkan pelbagai isu termasuk kemelut kewangan, bakat ramai pemain muda mereka menarik perhatian ramai.

Izuddin telah merekodkan 19 penampilan dalam semua kejohanan Liga Malaysia (Liga M) musim ini bersama skuad Kijang.

Advertisements

Sebelumnya, beliau mengumumkan keputusannya untuk meninggalkan Kelantan menerusi satu hantaran di Instagram.

Pengumuman tersebut dibuat pada hari terakhir pasukan itu perlu menyerahkan semua dokumen relevan kepada First Instance Body (FIB) untuk mendapatkan lesen kebangsaan 2024-2025.

Advertisements

Sekiranya The Red Warriors gagal berbuat demikian, pasukan itu bukan saja tidak mendapat lesen. Malah, mereka akan beraksi di Liga M3 pada musim depan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram