Muhaimin Izuddin Jadi Pemain Terbaru Tinggalkan Kelantan
Transfer
TRW Kelantan FC
Advertisements

Muhaimin Izuddin Muhamad Asri menjadi pemain terbaru yang meninggalkan Kelantan FC.

Berita tersebut diumumkan pemain sayap berusia 21 tahun itu di akaun Instagram peribadinya hari ini.

“Saya Muhaimin (Izuddin Muhamad Asri) ingin mengucapkan selamat tinggal kepada TRW Kelantan.Terima kasih kepada jurulatih dan staf yang terlibat sepanjang dua tahun.

Advertisements

“Terima kasih juga untuk penyokong yang mendoakan kejayaan saya di sini. Semoga kita berjumpa lagi.” katanya.

Mampu beraksi di bahagian sayap atau bahagian tengah menyerang, Izuddin sudah melakukan 19 penampilan untuk skuad Kijang dalam semua kejohanan Liga Malaysia (Liga M).

Advertisements

Pengumuman ini muncul pada hari sama Kelantan perlu menyerahkan bukti pembayaran tunggakan gaji kepada First Instance Body (FIB) untuk mendapatkan lesen kebangsaan musim depan.

Ini kerana hari ini merupakan tarikh akhir penyerahan semua dokumen relevan kepada FIB untuk menentukan sama ada lesen kebangsaan diterima pasukan itu atau tidak.

Advertisements

Sekiranya gagal berbuat demikian, The Red Warriors bukan saja tidak dibenarkan beraksi di Liga Super musim depan. Malah, mereka perlu memulakan kempen musim 2024-2025 dalam saingan Liga M3.

Sebaik pengumuman ini dibuat, ramai bekas pemain dan jurulatih Kelantan mengucapkan selamat berjaya kepada Muhaimin.

Advertisements

Antara yang berbuat demikian ialah bekas jurulatih Kelantan, Rezal Zambery Yahya dan bekas pemain skuad Kijang, Ikhwan Yazek.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram