4 Pemain Dalam Proses Akhir Dinaturalisasikan

JDT Endrick 4 Pemain Dalam Proses Akhir Dinaturalisasikan
Johor Southern Tigers
Nik Faris @nikfalovic
11:29pm 18/02/2023

Pertahanan kental Terengganu FC, Argzim Redzovic memaklumkan bahawa kini terdapat 4 orang pemain yang sedang melengkapkan proses naturalisasi.

Beliau memaklumkan bahawa pihak Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sudah pun memberi surat sokongan yang bakal menyaksikan dirinya boleh dinaturalisasikan sebagai pemain tempatan.

Pemain berusia 31 tahun ini sudah pun berada pada proses terakhir bagi mendapatkan kelulusan daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) sebelum bergelar rakyat Malaysia.

Menerusi satu temubual bersama Harimau Malaya, pemain kelahiran Montenegro itu akat berbesar hati sekiranya dapat mewakili Harimau Malaya.

“Liridon ada memberitahu saya bahawa bermain untuk Malaysia adalah satu perkara yang sangat menakjubkan, sungguhpun beliau berasal dari Kosovo.”

“Jika anda bermain untuk Malaysia, satu negara akan sokong anda, tetapi saya tahu ia tidak mudah kerana tekanan amat tinggi.”

“Jika anda bermain dengan baik orang akan sanjung anda namun jika anda tidak bermain dengan baik dalam satu perlawanan, habislah,” jelasnya.

Argzim juga berkata bahawa selain daripadanya, terdapat tiga orang lagi pemain termasuklah dua pemain KL City FC, Paulo Josue dan Romel Morales selain bintang Johor Darul Ta’zim, Endrick dos Santos kini sedang melengkapkan proses naturalisasi mereka.

Beliau juga berharap agar proses ini dapat segera diselesaikan agar dapat mewakili pasukan kebangsaan kelak.