4 Pemain JDT Berhijrah Ke Sri Pahang
Transfer
Johor Southern Tigers
Advertisements

4 orang pemain kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) telah membawa haluan untuk beraksi bersama Sri Pahang.

Skuad Harimau Selatan telah pun melepaskan beberapa tonggak bagi musim baharu setelah membuat pengurangan bajet sekitar 40 peratus musim ini.

“Harimau Selatan sedang melakukan transformasi yang memperlihatkan kelab mengurangkan perbelanjaan sehingga 30-40 peratus disebabkan keperluan untuk penstrukturan semula kewangan bagi memastikan kelangsungan jangka panjang kelab.”

Advertisements

“Kelab telah membelanjakan sejumlah wang untuk projek bola sepak sepanjang enam hingga tujuh tahun ini.”

Beberapa orang pemain skuad senior telah membawa haluan baharu dengan memperkuat pasukan lain bagi saingan Liga Super 2024/25.

Antara watak penting yang meninggalkan pasukan ialah Adam Nor Azlin yang memilih Sri Pahang sebagai destinasi seterusnya dalam karier.

Advertisements

Beliau bakal bergabung semula dengan dua bekas rakan sepasukan iaitu Azrif Nasrulhaq dan juga Izham Tarmizi yang turut menyertai skuad Tok Gajah selepas dipinjamkan musim lalu.

Seorang lagi pemain yang bakal memantapkan jentera serangan pasukan kendalian Fandi Ahmad ialah pemain sayap sensasi Argentina, Manuel Hidalgo.

Pemain berusia 24 tahun itu sudah pun bergelar pemain JDT namun dipinjamkan semula kepada bekas kelabnya itu bagi saingan musim baharu.

Advertisements

Sri Pahang baru sahaja selesai aksi pra-musim di Singapura selepas menewaskan Geylang International dan Albirex Niigata.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram