4 Pemain Setuju Sertai Kelantan DN
MakanBola
Kelantan Darul Naim
Sponsors

Dilaporkan seramai empat pemain baharu bakal dibawa masuk memperkuat Kelantan DN bagi meneruskan baki saingan Liga Malaysia.

Kelantan DN kini menduduki tangga tercorot Liga Super setelah hanya mencatat 1 kemengan dan lapan kekalahan dalam 9 perlawanan termasuklah tewas 1-0 di tangan Kuching City.

Ad

Disebabkan prestasi hambar dalam saingan liga, Presiden Kelantan DN, Rozi Muhamad menjanjikan rombakan bakal berlaku dalam usaha bagi menambah baik skuad kendalian Park Jae hong ini.

Ad

Dua penyerang import Kelantan DN, Chadrack Muzungu dan Valdumar telah pun ditamatkan kontrak setelah hanya tiga bulan bersama pasukan dan gagal mencipta impak yang besar.

Pemergian Muzungu dan Valdumar membuka ruang buat pihak pengurusan untuk membawa masuk Layth Kharoub dari Palestine bagi menambah sengat jentera serangan.

Ad

Selain kehadiran Layth, Kelantan DN telah mengesahkan bahawa seramai empat orang lagi pemain baharu bakal menyarung jersi skuad Kijang pada jendela perpindahan ini.

Ad

“4 pemain telah bersetuju dan menurunkan tandatangan bagi menyertai Kelantan Darul Naim sempena perpindahan kedua Liga Malaysia,” umum Kelantan DN di Facebook.

Ad

“Ada satu dua urusan lagi perlu diselesaikan. Pengumuman rasmi akan dikemaskini dalam masa terdekat,” tambah Kelantan DN dalam hantaran yang sama.

Kelantan DN dijadualkan melayani kunjungan Johor Darul Ta’zim pada 22 September ini sebaik saingan Liga Super kembali bersambung setelah memberi laluan kepada aksi skuad kebangsaan.