Bintang RM2.4 Juta Kelantan tidak bertahan lama apabila memilih untuk meninggalkan pasukan.
Pemain yang dimaksudkan itu ialah penyerang sensasi Kelantan Darul Naim, Chadrack Muzungu apabila pengurusan Kijang Emas bersetuju menamatkan kontrak pemain berusia 27 tahun itu.
Bekas penyerang UD Almeria B itu hanya bersama pasukan Pantai Timur itu selama tiga bulan.
Sepanjang tempoh itu, beliau hanya beraksi sebanyak empat perlawanan Liga Malaysia (Liga M) termasuk aksi Piala FA 2024 menentang Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC).
Muzungu juga tidak mencipta satu jaringan dalam semua penampilannya.
Kehilangan beliau sudah pasti memberi tamparan hebat kepada pasukan selepas Kelantan DN mengesahkan bahawa rakan sepasukan, Valdumar turut meninggalkan Kijang Emas.
Chadrack merupakan pemain paling bernilai dalam skuad Kelantan DN iaitu sekitar 500,000 USD (RM2.43 Juta) dan menjadi antara pemain termahal di Liga Malaysia.
Kelantan DN bagaimanapun masih memiliki pemain seperti David Ribera, Bae Kyung-hwan, Faizal Talib dan Goo Ah-hwoi untuk mengemudi jentera serangan.