Ads
Kelantan Bakal Berubah Wajah
Liga Super
Kelantan DN FC

Skuad Kelantan dijangka bakal berubah wajah menjelang jendela perpindahan kedua musim ini.

Advertisements

Perkara ini telah dimaklumkan oleh Presiden Kelantan Darul Naim, Rozi Muhamad mengenai usaha gigih pihak pengurusan yang bertindak untuk memperbaiki skuad Liga Super.

Advertisements

Menerusi satu kenyataan pada majlis santai meraikan penaja dan wakil penyokong di restoran Nasi Lemak Kopi O di Kota Bharu, beliau mengakui cabaran besar sedang ditempuhi oleh skuad Kijang Emas.

Advertisements
Advertisements

Beliau dan pihak pengurusan bagaimanapun sedang berusaha gigih untuk melakukan penambahbaikan dalam pasukan Kelantan DN.

“Kami sedang berusaha untuk menambah baik skuad utama terutamanya sejak perlawanan kelima tapi banyak perkara telah berlaku.

Advertisements

“InshaAllah, kami menunggu jendela perpindahan kedua dibuka dan kita akan lihat perubahan KDN FC,” katanya.

Rozi dan juga pihak kelab tidak duduk diam kerana melihat segala keluhan yang dilontarkan penyokong di media sosial.

“Pihak pengurusan kelab sentiasa melihat komen-komen dari penyokong. Saya faham dan menghormati segala pandangan dari semua pihak kerana tahu anda semua sayangkan kelab dan pasukan.

“Saya boleh sahkan, kami bertindak dan sedang berusaha untuk tujuan itu. Saya yakin KDN FC boleh pergi jauh.

“Bukan untuk tahun ini, tapi tahun hadapan sekali dengan sokongan penyokong serta penaja. Tunggu perpindahan kedua, kami akan umum perubahan tersebut,” jelasnya dalam satu kenyataan.

Advertisements

Kelantan DN juga telah melepaskan dua tonggak import iaitu Chadrack Muzungu dan juga Valdumar dengan dikhabarkan seorang lagi pemain bakal angkat kaki.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram