Ads
4 Pemain Thailand Tarik Minat Kelab Besar Jepun
Transfer
Changsuek

Empat bintang Thailand kini dalam radar beberapa kelab utama Jepun yang beraksi dalam saingan J1 League.

Advertisements

Ball Thai Stand mendedahkan empat bintang tersebut ialah Supachai Chaided, Poramet Arjvirai, Jaroensak Wonggorn dan Suphanat Mueanta.

Advertisements

Supachai dan Suphanat dilaporkan diintai kelab Hokkaido Consadole Sapporo. Sementara Poramet dan Jaroensak pula masing-masing diintai Jubilo Iwata dan Shonan Bellmare.

Advertisements
Advertisements

Kelibat pemain Thailand beraksi dalam saingan J1 League bukan asing dalam kalangan peminat bola sepak Jepun.

Sebelum ini, beberapa pemain Gajah Perang pernah menempa nama dengan beraksi dalam saingan liga berkenaan. Antara nama yang dikenali peminat bola sepak Jepun ialah Chanathip Songkrasin dan Theerathon Bunmathan.

Advertisements

J1 League musim 2024 menyaksikan Ekanit Panya (Urawa Reds) dan Supachok Sarachat (Consadole Sapporo) membawa nama Thailand.

Ketiga-tiga kelab ini berharap dapat membawa Supachai, Suphanat, Poramet dan Jaroensak secara pinjaman pada Ogos ini. Sekiranya perpindahan itu berjalan lancar, status mereka sebagai pemain pinjaman akan ditukar kepada perpindahan tetap.

Sekiranya Suphanat menerima tawaran Sapporo, beliau akan kembali beraksi bersama abangnya, Supachok dalam pasukan sama.

Sebelum ini, kedua-duanya beraksi bersama Buriram sebelum Supachok menerima tawaran perpindahan kelab Jepun itu.

Advertisements

Ketika ini, tempoh pinjaman Suphanat bersama kelab Belgium, OH Leuven akan berakhir pada 30 Jun dan beliau perlu pulang ke Buriram United selepas itu.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram