Pertembungan menarik antara Shanghai Port vs JDT bakal menyaksikan kehadiran empat pemain tumpuan kedua-dua pasukan.
JDT hadir ke Shanghai bagi aksi pembukaan AFC Champions League Elite (ACLE) dengan nafas segar setelah menjulang Piala FA selain penambahan beberapa bintang baharu.
Manakala Shanghai Port yang kini sedang selesa memimpin carta Chinese Super League memiliki rekod kebal apabila hanya tewas sekali dalam lima perlawanan terdahulu.
Di sebalik pertembungan di antara jaguh China dan Malaysia ini, 4 pemain bintang bakal menjadi tumpuan ramai dengan rekod dan statistik menarik yang ditampilkan.
Bergson Da Silva
Penyerang Brazil ini bakal menjadi sandaran utama Harimau Selatan bagi merobek gawang Shanghai Port dengan 10 gol dan 2 bantuan jaringan yang dicipta dalam kempen Liga Super ketika ini.
Wu Lei
Ketajaman Shanghai Port di hadapan pintu gol pastinya akan menjadi ancaman besar buat JDT dengan penyerang utama, Wu Lei yang kini sudah meledak 28 gol dalam saingan liga domestik.
Jordi Amat
Benteng pertahanan JDT akan diperkuat dengan kehadiran kapten, Jordi Amat yang sudah kembali dari kecederaan dan dijangka mengetuai barisan belakang bersama Shane Lowry.
Tyias Browning
Seperti JDT, Shanghai juga menerima khabar baik dengan kehadiran semula tonggak pertahanan Tyias Browning yang sudah kembali diturunkan ketika bertemu Peng City Jumaat lalu.
Aksi Shanghai Port dan JDT bakal berlangsung pada 18 September 2024 di Fudong Football Stadium jam 8 malam.