4 Pemain Warisan Dalam Pemantauan FAM Wakili Malaysia
Harimau Malaya
FA Malaysia
Advertisements

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) semakin mengorak langkah untuk memperkuatkan skuad kebangsaan bagi menghadapi perlawanan seterusnya.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Noor Azman bin Hj Rahman berkata sekurang-kurangnya tiga hingga empat pemain warisan berada dalam pemantauan FAM.

“FAM mengalu-alukan kehadiran pemain warisan, setakat ini kita sudah melihat 3-4 orang pemain yang berpotensi (menyarung jersi Malaysia).

Advertisements

“Akhirnya, Kim Pan-gon dan Juan Torres yang akan tentukan sama ada mereka layak atau tidak untuk mewakili negara,” jelas Noor Azman dalam sidang media selepas Mesyuarat ke-10 Jawatankuasa Eksekutif FAM 2024-2025 semalam.

Namun begitu, identiti pemain warisan yang berada di dalam pemantauan FAM itu masih belum dapat dikenal pasti.

Advertisements

Sebelum ini, laman pencari bakat Frfuturetalents telah mendedahkan beberapa pemain yang mempunyai pertalian darah dengan Malaysia.

Antara pemain yang berjaya dikesan adalah pertahanan kanan Go Ahead Eagles, Mats Deijl, pemain sayap Barcelona B, Naim Garcia dan penyerang PSV Eindhoven, Jason Van Duiven.

Advertisements

Malah pemain Malaysia yang kini beraksi di Amerika Syarikat iaitu Wan Kuzain juga telah memberi bayangan akan beraksi bersama skuad kebangsaan dalam masa terdekat.

Segala-galanya kini terpulang kepada FAM dan ketua jurulatih, Kim Pan-gon untuk menilai sejauh mana kemampuan pemain-pemain ini bagi membawa cabaran Malaysia di pentas antarabangsa.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram