Advertisements
4 Tahun ‘Menyulam Cinta’, Lee Tuck Ucap Selamat Tinggal Buat Terengganu
Transfer
MakanBola
Lee Tuck

Memberikan segalanya apabila di atas padang, itulah yang dapat digambarkan buat pemain tengah berpengalaman ini.

Lee Tuck yang berusia 33 tahun baru-baru ini mengumumkan bahawa beliau tidak lagi bersama pasukan Terengganu selepas tamat tempoh pinjaman dan bakal kembali ke kelabnya, Sri Pahang.

Pemain kelahiran England ini dipinjamkan ke Terengganu FC selepas pasukan Sri Pahang membuat keputusan untuk merombak pemain-pemain import yang dibawa pada awal musim dan mengambil empat pemain import baharu.

Namun proses pinjaman ke Terengganu berjalan dengan lancar dan Lee Tuck berjaya membuktikan dirinya masih berbisa selepas menjaringkan 4 gol dalam kempen Piala Malaysia tahun ini.

Dalam ucapan selamat tinggalnya, beliau mengucapkan terima kasih kepada penyokong-penyokong Terengganu yang sentiasa memberikan sokongan kepada dirinya dan keluarga.

“Musim sudah tamat, pinjaman tamat dan tempoh 4 tahun bersama dengan Terengganu FC (TFC) akan berakhir.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat bersama kelab di atas peluang menyarung jersi Terengganu sekali lagi.. Kepada peminat Terengganu, anda menjadikan kelab itu apa adanya dan ianya sangat istimewa.

“Saya akan sentiasa berterima kasih atas sokongan yang anda tunjukkan kepada saya dan keluarga saya. Terima kasih atas segala kenangan! .” coret Lee Tuck di laman instagram miliknya.

Lee Tuck dijangka bakal memperkuatkan pasukan Sri Pahang musim depan. Beliau dikhabarkan bakal mendapat status naturalisasi bersama seorang lagi pemain import iaitu Sergio Aguero selepas kedua-duanya bakal melengkapkan tempoh 5 tahun bermain di Malaysia pada tahun hadapan.