4 Tonggak Luar Negara Perkuat Harimau Malaya Bertemu Vietnam
MakanBola
Malaysia NT

Empat pemain Malaysia yang berpangkalan di luar negara dipanggil bagi memperkuat Harimau Malaya untuk perlawanan menentang Vietnam pada 31 Mac ini.

Empat pemain tersebut ialah pemain pertahanan Cerezo Osaka, Dion Cools, Daniel Ting (Ratchaburi FC), Endrick dos Santos (Ho Chi Minh City Police) dan Sergio Aguero (Kanchanaburi Power).

Mereka antara 28 pemain yang dipanggil jurulatih Australia, Peter Cklamovski untuk mengharungi aksi terakhir kelayakan Piala Asia 2027.

Daniel dan Cools dijangka memberi impak besar kepada Harimau Malaya di bahagian pertahanan. Ini disebabkan prestasi baik kedua-dua pemain bersama kelab masing-masing.

Daniel membantu The Dragons mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2). Selain itu, Ratchaburi juga turut mengintai slot naib juara Thai League 1.

Ini kerana slot tempat kedua liga berkenaan menawarkan kelayakan secara merit ke saingan Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE).

Meskipun Cerezo dilihat sedikit bergelut dalam saingan J-League 1 Wilayah Barat, Cools terus menunjukkan prestasi baik sebagai tonggak benteng kelab berkenaan.

Malah, bekas pemain Buriram United itu turut dipilih sebagai kesebelasan terbaik mingguan J-League 1 Wilayah Barat baru-baru ini.

Pengalaman kuartet ini bakal ditagih Cklamovski untuk membantu Harimau Malaya meraih keputusan positif di Vietnam pada 31 Mac ini.