Nama Dion Cools kembali menjadi tumpuan dalam saingan J-League 1.
Ini kerana namanya tersenarai dalam kesebelasan terbaik mingguan liga utama Jepun itu untuk aksi minggu kelima. Ini berdasarkan senarai yang dikongsikan oleh Sofascore.
Cools terpilih selepas merekodkan markah 8.7 dalam aksi menentang Shimizu S-Pulse. Beliau turut membantu pasukannya, Cerezo Osaka menewaskan Shimizu menerusi penentuan sepakan penalti.
Cools bukan satu-satunya pemain yang tersenarai dari perlawanan itu dipilih dalam kesebelasan berkenaan. Penjaga gol Shimizu, Togo Umeda juga terpilih dengan markah 9.1.

Kapten Harimau Malaya itu turut disertai rakan sepasukan, Shunya Tanaka dalam kesebelasan sama. Tanaka merekodkan markah 8.1.
Prestasi baik yang dipamerkan kedua-dua pemain ini dijangka menyuntik semangat Cerezo bila bertemu Kyoto Sanga pada 14 Mac ini.