5 pemain Kedah membuat keputusan untuk membawa haluan masing-masing.
Sang Kenari meneruskan langkah dengan begitu garang ke pentas separuh MFL Challenge Cup 2024 selepas menundukkan KL Rovers.
Perjuangan ini bagaimanapun diharungi dengan onak dan duri selepas beberapa watak penting telah memilih untuk meninggalkan Kedah Darul Aman.
Beberapa pemain telah membuat keputusan untuk meninggalkan pasukan bermula dengan Habib Haroon disusuli oleh Kalamullah Al-Hafiz dan Fikri Che Soh ke seteru Liga Super.
Baru-baru ini, pengendali Sang Kenari iaitu Nafuzi Zain telah mengumumkan perpisahan bersama pasukan dan dilantik menjadi Ketua Jurulatih Malaysia B-23.
Kapten pasukan Kedah, Sony Norde menjadi individu terbaru yang meninggalkan pasukan dan membawa haluan ke Liga 1 Indonesia.
Penyerang berbisa negara, Syafiq Ahmad yang dipinjamkan daripada pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) dikhabarkan bakal menamatkan tempoh pinjaman pada akhir April 2025 menerusi kemas kini laman Transfermarkt.
Kedah kini mara ke pentas separuh akhir MFL Challenge Cup dan bakal berdepan PDRM selain menghuni tangga ke-9 Liga Super dengan 17 mata.
Ujian berikutnya adalah menentang Kelantan United pada 10 Januari di Kota Bharu jam 9 malam.