Advertising
5 Pemain Liga Malaysia Diseru Bersama Filipina
MakanBola
KL City & KDA FC

Pasukan kebangsaan Filipina telah mengumumkan bahawa 5 pemain dari Liga Malaysia bakal menyertai kem latihan pusat September ini.

Seperti yang sedia maklum, terdapat aksi persahabatan FIFA bulan September sebagai persediaan terutamanya bagi mengharungi kempen Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027.

Oleh yang demikian, The Azkals membuat keputusan untuk memanggil barisan terbaik untuk mengharungi beberapa aksi getir.

Ad

Percaturan pengendali kelahiran Jerman, Michael Weiß untuk memanggil 5 pemain yang beraksi di Liga Malaysia juga mencuri tumpuan.

Ad

Antara muka yang dipanggil ialah penjaga gol KL City FC, Kevin Ray Mendoza yang berdepan saingan sengit bintang Birmingham City, Neil Ethridge.

Bagi perancang tengah pula, terdapat kelibat bintang sensasi Sri Pahang, Kevin Ingreso dan juga kapten Kedah Darul Aman, Manuel Ott.

Ad
Ad

Dua lagi pemain di bahagian serangan ialah pemain Kelantan United, Oj Porteria yang memperkuat pasukan bersama Patrick Reichelt yang beraksi buat KL City.

Ad

Persiapan rapi ini sudah pasti bakal memberi kekuatan tambahan pada beberapa posisi penting pasukan.

Namun begitu, tiada kelibat pertahanan kiri JDT, Oscar Arribas dalam senarai panggilan yang dibuat oleh Filipina setakat ini.

Filipina dijadualkan berdepan Taiwan dan Afghanistan bagi aksi persahabatan FIFA bulan September.