5 Pemain Luar Negara Perkuat Australia Hadapi Malaysia B-19
MakanBola
CommBank Socceroos

Lima pemain luar negara memperkuat cabaran Australia untuk kempen kelayakan Piala Asia B-20 2027.

Lima pemain yang dipanggil jurulatih pasukan itu, Trevor Morgan ialah Marcus Neill (Sunderland), Robert Cook (Leeds United), Luka Didulica (Urawa Reds), Danilo Treffiletti (AC Monza) dan Archie Trimboli (Brentford).

Mereka sebahagian daripada 23 pemain yang dipanggil Morgan untuk kempen kelayakan Kumpulan H. Selain Australia, Malaysia, Indonesia dan tuan rumah, Laos turut berada dalam kumpulan sama.

Lebih menarik, nama Marcus menjadi tumpuan disebabkan status dirinya sebagai anak kepada legenda Australia, Lucas Neill. Neill cukup dikenali kerana pernah beraksi untuk Blackburn Rovers, West Ham United dan Everton.

Kempen ini turut menyaksikan Australia memanggil lima pemain baharu iaitu Emile Katrib, Oliver Dragicevic, Michael Ghossaini, Feyzo Kasumovic dan Alaat Abdul-Rahman.

Lima pemain tersebut dipanggil Morgan selepas Lawrence Wong, Medin Memeti dan Amlani Tatu tidak mendapat pelepasan dari kelab masing-masing. Alexander Garbowski dan Mathias Macallister juga terlepas menyertai skuad kali ini.

Australia akan membuka kempen kelayakan dengan menentang Laos pada Isnin. Ini disusuli perlawanan menentang Malaysia dan Indonesia pada 3 dan 6 September.