Top 5 Pemain Paling Bernilai Di ASEAN
Dunia
Khairul / MakanBola & Goal.com
Advertisements

Para pemain di ASEAN kini sudah mula mencipta nama dan menjadi rebutan setiap pasukan dalam usaha untuk memantapkan lagi posisi-posisi tertentu.

Malah, terdapat juga pemain yang diberi peluang untuk menembusi skuad utama kelab-kelab di Eropah sekaligus berjaya mengangkat martabat bola sepak di rantau ini.

Oleh yang demikian, berikut merupakan lima orang pemain yang paling bernilai di rantau ASEAN ketika ini setelah memberikan impak yang cukup besar buat pasukan masing-masing.

Advertisements

5. Theraathon Bunmathan

Pertahanan kiri pasukan Buriram United ini merupakan seorang pemain yang amat berpengalaman di pentas bola sepak Asia.

Pemain berusia 32 tahun ini pernah berkelana di Liga Utama Jepun bersama pasukan Vissel Kobe dan juga Yokohama F. Marinos selama beberapa musim ini merupakan pemain kelima paling bernilai di rantau ini.

Advertisements

Beliau yang juga merupakan pemain pasukan kebangsaan Thailand telah mengumpul 72 kap dan telah menjaringkan 6 gol secara keseluruhannya.

Nilai pasaran pemain kelahiran Nonthaburi ini adalah 700, 000 Ribu Euro iaitu bersamaan dengan RM 3.18 Juta sekaligus menjadi pemain Thailand kedua paling bernilai.

4. Dion Cools

Advertisements

Cools yang kini sedang berkenala di Denmark bersama FC Midtjylland merupakan pemain paling bernilai Harimau Malaya ketika ini.

Pertahanan serba boleh ini sudah pun disahkan akan pulang ke Malaysia untuk menyertai pasukan selatan tanah air iaitu Johor Darul Ta’zim (JDT).

Bekas bintang Club Brugge ini memiliki nilai pasaran setinggi 750,000 Euro iaitu bersamaan dengan RM 3.8 Juta.

Advertisements

Pemain berusia 26 tahun ini merupakan satu-satunya pemain dari Malaysia yang berada dalam senarai ini.

3. Neil Etheridge

Pemain kelahiran England-Filipina ini merupakan pemain ketiga dalam senarai ini.

Penjaga gol berusia 32 tahun ini merupakan penjaga gol utama buat negaranya dan juga Birmingham City ketika ini merupakan tunjang di peringkat kelab mahupun negara.

Malah, pengalaman dan juga kematangan Neil yang sudah pun beraksi hampir 310 perlawanan di pentas bola sepak Eropah menjadikan beliau antara salah seorang pemain paling bernilai di ASEAN.

Beliau yang berketinggian 1.88 cm ini dinilai pada tanda harga 1, 000, 000 Juta Euro bersamaan dengan RM 4.5 Juta sekaligus menjadi pemain kedua paling bernilai Filipina.

2. Chanatip Songkrasin

Kapten pasukan kebangsaan Thailand ini merupakan pemain paling bernilai buat negaranya.

Pemain bertubuh kecil ini sedang menikmati musim cemerlang bersama pasukannya di Jepun iaitu Kawasaki Frontale.

Beliau menjadi nadi utama di bahagian tengah pasukan sehingga berjaya meletakkan mereka pada posisi ketiga liga setakat ini.

Pemain tengah menyerang ini merupakan antara prospek terbaik yang dimiliki oleh pasukan Gajah Perang selain mengecapi pelbagai kejuaraan bersama kelab dan juga negaranya.

Chanatip kini dilaporkan bernilai 1 400, 000 Juta Euro iaitu bersamaan RM 6.3 Juta menjadikan beliau berada pada kedudukan kedua pemain paling bernilai di ASEAN setakat ini.

1. Gerrit Holtmann

Pemain berusia 26 tahun ini merupakan pemain termahal di ASEAN ketika ini.

Beliau yang juga merupakan pemain harapan buat kelabnya di Bundesliga Jerman iaitu Vfl Bochum dinilai pada tanda harga 4 500,000 Juta Euro iaitu bersamaan dengan RM 20.2 Juta.

Holtmann juga merupakan pemain akademi Werder Bremen ini memiliki ketajaman penyudah yang cukup ampuh untuk membantu pasukan mengharungi saingan dengan begitu cemerlang.

Pengalaman beraksi lebih 200 perlawanan dengan penglibatan jaringan hampir 50 gol jelas menjadi nadi utama buat jentera serangan pasukan Filipina.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram