Dunia
Photo: Facebook Kuala Lumpur City
Advertisements

Saingan Liga Super 2021 telah menampilkan pelbagai bakat muda tempatan yang mula menyinar namun kelibat pemain veteran juga turut mencuri tumpuan peminat bola sepak. Pemain-pemain ini masih cergas bermain malah kehadiran mereka diatas padang turut mampu memberikan impak kepada pasukan.

Berikut merupakan 5 pemain tempatan tertua yang masih beraksi dalam Liga Super musim 2021:

Safee Sali (37 tahun)

Advertisements

Siapa tidak kenal dengan bekas penyerang utama Malaysia yang pernah membantu negara menjuarai Piala AFF Suzuki pada tahun 2010. Safee Sali ketika ini sudah berumur 37 tahun namun kudrat beliau masih ditagih KL City FC.

safeesali 5 Pemain Tempatan Tertua Yang Masih Beraksi Dalam Liga Super 2021
Gambar dari Facebook Kuala Lumpur City

Safee telah bermain sebanyak 8 perlawanan pada musim ini dan telah membarisi kesebelasan utama KL City FC sebanyak 2 kali menurut Transfermarkt. Beliau berjaya menjaringkan 1 gol pada musim ini sewaktu bertemu dengan Kedah Darul Aman dimana perlawanan berakhir dengan kemenangan 2-1 KL City FC ke atas Kedah.

Advertisements

Helmi Eliza (38 tahun)

Penjaga gol Sri Pahang FC ini sudah berumur 38 tahun dan masih diberi peluang oleh Dollah Salleh untuk menjaga gawang pasukan. Helmi telah diturunkan dalam 10 perlawanan musim ini dan telah dibolosi sebanyak 14 kali.

Advertisements
Gambar dari Facebook Sri Pahang FC

Bekas penjaga gol kebangsaan ini turut meraih 3 cleansheet malah Sri Pahang FC hanya kalah 3 kali sewaktu Helmi Eliza diturunkan dalam kesebelasan utama pasukan menurut Transfermarkt.

Indra Putra Mahayuddin (40 tahun)

Advertisements

Indra Putra kerap diturunkan sebagai pemain gantian pada musim ini apabila telah diturunkan sebanyak 14 kali sebagai pemain gantian. Tiada gol yang dapat dihasilkan oleh Indra dalam Liga Super 2021 namun kehadiran beliau tetap ditagih KL City FC.

Gambar dari Facebook Kuala Lumpur City

Indra yang kini sudah berusia 40 tahun juga pernah menyarung jersi kebangsaan Malaysia malah jaringan ikonik beliau dalam Piala AFF Suzuki 2014 sewaktu menentang Singapura masih diingati sehingga hari ini.

Amri Yahyah (40 tahun)

Amri Yahyah ataupun dikenali sebagai Wak Am masih lincah walaupun sudah berusia 40 tahun. Amri telah bermain dalam kesemua perlawanan Liga Super musim ini malah beliau turut menarik perhatian peminat bola sepak apabila telah beberapa kali berjaya memperdaya pihak lawan menggunakan perangkap offside.

Gambar dari Facebook Sabah FC

Amri Yahyah berjaya merekodkan 4 gol dalam saingan Liga Super musim ini. Beliau juga belu mengumumkan sebarang keinginan untuk bersara dalam arena bola sepak.

Shukor Adan (42 tahun)

Pemain ini bakal berusia 42 tahun pada 24 September ini dan telah mencipta rekod sebagai pemain tempatan tertua beraksi dalam saingan Liga Super 2021. Shukor telah diturunkan sebanyak 7 kali sebagai pemain gantian untuk musim ini malah jaringan tangan persis Maradona beliau sewaktu KL City menentang UiTM FC turut menjadi bualan peminat bola sepak tempatan.

Gambar dari Facebook Kuala Lumpur City

Penutup

Kelima-lima pemain tersebut telah lama mewarnai arena bola sepak Malaysia malah tidak keterlaluan jika mereka digelar sebagai legenda bola sepak tempatan. Walaupun mereka mungkin sudah melepasi tahap terbaik mereka, pengalaman serta kepimpinan mereka tetap ditagih oleh pasukan mereka.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram