fbpx

Kudrat 40 Tahun Amri Yahyah Boleh Buat Otak Kita ‘Merana’

Sabah FC

Trending Hari Ini

Sorry. No data so far.

Share on:
Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Amri Yahyah kini mencatat satu rekod yang mengagumkan dalam saingan Liga Super 2021 apabila beliau diturunkan dalam kesemua 22 perlawanan Liga Super buat pasukan Sabah FC. Walaupun sudah berusia 40 tahun, Amri Yahyah masih bertenaga dan cergas malah beliau jarang ditimpa kecederaan serius pada musim ini.

Dalam 22 perlawanan, Amri Yahyah telah diturunkan dalam kesebelasan utama Sabah FC sebanyak 17 kali dan tampil sebagai pemain gantian sebanyak 5 kali berdasarkan statistik Transfermarkt. Malah beliau bermain penuh 90 minit dalam 10 perlawanan. Satu rekod yang luar biasa bagi pemain bola sepak yang berusia 40 tahun.

Amri Yahyah Stats 2021 Detailed view Kudrat 40 Tahun Amri Yahyah Boleh Buat Otak Kita 'Merana'
Statistik Amri Yahyah pada musim ini

Secara lumrahnya, prestasi serta stamina pemain bola sepak profesional akan mula menurun apabila menginjak usia 30 tahun ke atas namun Amri Yahyah masih berjaya menjadi pilihan utama jurulatih untuk diturunkan dalam setiap perlawanan liga.

Amri Yahyah telah berjaya menjaringkan 4 gol dan mencatat 3 assist dalam semua penampilan liga beliau. Malah taktik ‘scam’ Amri memerangkap pemain lawan dalam kedudukan offside turut membantu pasukan Sabah FC dari keciciran mata.

amri sabah Kudrat 40 Tahun Amri Yahyah Boleh Buat Otak Kita 'Merana'
Aksi Amri Yahyah sewaktu Sabah FC menentang PJ City FC

Kelicikan Amri Yahyah pada musim ini turut menyebabkan beberapa pihak lawan terpaksa memberi perhatian lebih terhadap beliau diatas padang. Amri berjaya membuktikan beliau  masih relevan untuk bermain walaupun sudah bergelar pemain veteran.

Sehingga kini, Amri Yahyah belum mengumumkan persaraan beliau dalam arena bola sepak sekali gus memberi bayangan beliau berkemungkinan masih akan bermain pada tahun hadapan.

© MakanBola Media – All Rights Reserved