Ads
5 Perpindahan Pemain Liga Super Bagai Sirih Pulang Ke Gagang
Liga Super
MFL/KDA FC/PFC

Jendela perpindahan pertama Liga Super 2024/2025 kini telah menutup tirainya dan bagai sirih pulang ke gagang, terdapat beberapa pemain yang pulang menyertai pasukan lama mereka.

Advertisements

Berikut merupakan 5 perpindahan pemain Liga Super yang akan kembali menyarung jersi pasukan lama mereka.

Advertisements

1. Syafiq Ahmad (Kedah Darul Aman)

Advertisements
Advertisements

Penyerang yang terkenal dengan kerajinan beliau di atas padang ini kembali menyarung jersi Kedah buat kali ketiga. Syafiq Ahmad yang memulakan karier bersama pasukan Kedah sebelum ini memilih untuk berhijrah ke JDT pada tahun 2017.

Syafiq pernah kembali ke pangkuan Kedah secara pinjaman pada tahun 2022 selama 6 bulan dan mencetak 2 gol serta 4 bantuan jaringan buat Sang Kenari.

Advertisements

Sejak beraksi bersama Kedah dan JDT bermula tahun 2016, Syafiq telah membuat sebanyak 81 penampilan dan telah meledak sebanyak 34 gol.

2. Rizal Ghazali (Kedah Darul Aman)

Setelah dua musim bersama Sabah, Rizal Ghazali kembali pulang beraksi untuk pasukan Kedah. Bek kanan berusia 32 tahun ini merupakan pemain utama Sabah pada musim lalu apabila merekodkan 23 penampilan liga.

Malah Rizal turut menyumbang 2 gol serta mencetak 5 bantuan jaringan dalam saingan Liga Super musim lalu. Beliau telah melakukan 174 penampilan bersama tiga pasukan iaitu Perlis, Kedah dan Sabah.

3. Manuel Hidalgo (Sri Pahang)

Manuel Hidalgo telah meninggalkan Kedah untuk menyertai JDT pada awal musim ini namun beliau telah kembali menyertai Sri Pahang secara pinjaman.

Pemain sayap lincah ini pernah bermain untuk Sri Pahang selama dua musim sebelum menyertai Kedah awal tahun lalu.

Bersama Sri Pahang, Hidalgo melakukan 35 penampilan dan cemerlang meledak 9 gol serta 14 bantuan jaringan. Musim lalu, Hidalgo merekodkan 4 gol dan 10 bantuan jaringan dalam 27 penampilan bersama Kedah.

4. Syamer Kutty Abba (Penang)

Syamer Kutty Abba kembali ke Penang setelah 7 tahun meninggalkan kelab tersebut untuk pasukan JDT. Pemain tengah berusia 27 tahun ini kembali secara pinjaman dan akan memperkuatkan jentera tengah pasukan kendalian Akmal Rizal.

Syamer yang kembali dari kecederaan pada musim lalu hanya melakukan 14 penampilan bersama skuad Harimau Selatan sepanjang musim 2023 dengan 8 daripadanya adalah aksi Liga Super.

5. Manuel Ott (Terengganu)

Pemain tengah Filipina ini kembali ke Terengganu setelah beraksi untuk Kedah selama semusim. Manuel Ott pernah membarisi skuad Sang Penyu pada tahun 2022.

Advertisements

Musim lalu, Manuel Ott beraksi dalam 28 perlawanan untuk Kedah dalam semua kejohanan termasuk Piala Cabaran MFL. Ott meledak 6 jaringan dan menyumbang 3 bantuan gol dalam 28 penampilan beliau.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram