6 Pemain Dijangka Tinggalkan Selangor
Dunia
Selangor fc
Advertisements

Sejak kendalian bekas jurulatih kebangsaan, Tan Cheng Hoe, Selangor FC mula mengorak langkah kehadapan dengan falsafah bola sepak yang dibawa. 

Baru-baru ini, Selangor hampir melakar kejutan dalam perlawanan akhir Piala Malaysia bertemu Johor Darul Ta’zim. Namun, The Red Giants tewas tipis dengan jaringan 1-2. 

Menurut salah seorang yang dipercayai daripada pihak pengurusan Selangor, Roni Andika Zainintawa ada menyatakan bahawa enam pemain akan meninggalkan Selangor pada musim ini. 

Advertisements

Enam pemain tersebut adalah Hyuri Henrique, Herlison Caion, Baha’ Abdulrahman, Yazan Al-Arab, Safuwan Baharudin dan seorang pemain tempatan iaitu Shahrel Fikri. 

“Selamat datang kepada pemain baru yang akan masuk dan kepada team. Semoga kita kembali lebih kuat musim depan. Terima kasih kepada Safuwan Baharudin, Shahrel Fikri, Yazan Al Arab, Baha Abodai, Caion dan Hyuri. Semoga maju jaya bersama pasukan baru.

Advertisements

“Kita buat lagi pada musim depan. Target juara dan menjulang di Asia. Kau dan aku selamanya,” katanya dalam hantaran di Facebook miliknya.

Tambahnya, beliau turut menyatakan bahawa Yazan Al-Arab bakal kekal bersama The Red Giants jika urusan serta proses perbaharui kontrak berjalan dengan lancar. 

Advertisements

Memetik laporan daripada wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal, bekas penyerang kebangsaan, Shahrel Fikri mungkin akan menyertai Negeri Sembilan selepas bergelut dengan kecederaan sekaligus gagal untuk mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama Selangor. 

Pastinya pada musim baharu nanti, Selangor mahu memperkuatkan lagi pasukan untuk memberi cabaran hebat dengan pasukan lain di Malaysia.

Advertisements

Setakat ini, tiada lagi pengumuman rasmi daripada pihak pengurusan Selangor berkenaan perkara ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram