Dunia
Selangor FC, Sri Pahang FC, Sabah FC
Advertisements

Jika sebelum ini artikel telah menyenaraikan 5 pemain tempatan tertua yang masih bermain di Liga Super 2021, kini disenaraikan pula pemain-pemain tempatan paling muda yang beraksi di Liga Super 2021. Pemain-pemain muda ini berjaya meraih kepercayaan jurulatih untuk diturunkan malah mereka turut mempamerkan kualiti yang tersendiri apabila bermain di atas padang.

Senarai pemain muda ini adalah berdasarkan statistik daripada Transfermarkt (kecuali Syaahir Saiful Nizam). Berikut merupakan 7 pemain tempatan termuda yang beraksi dalam saingan Liga Super 2021:

  • Zikri Khalili (19 tahun)

Zikri mendapat peluang untuk beraksi apabila masuk menggantikan R. Dinesh yang cedera seawal minit ke 12 permainan dalam perlawanan pertama Liga Super 2021. Pemain yang kini berusia 19 tahun ini bemain di posisi pertahanan kiri Selangor FC dan merupakan bekas graduan AMD.

Advertisements
zikri 7 Pemain Tempatan Termuda Yang Beraksi Dalam Liga Super 2021
Gambar dari Facebook Selangor FC

Zikri telah bermain sebanyak 4 perlawanan musim ini dimana beliau berada dalam kesebelasan utama pasukan sebanyak 2 kali dan telah bermain selama 242 minit. Beliau merupakan pemain termuda beraksi dalam Liga Super musim ini apabila diturunkan sewaktu berumur 18 tahun 8 bulan 9 hari.

  • Arif Aiman (19 tahun)

Pemain ini baru berusia 18 tahun 10 bulan 1 hari sewaktu JDT menentang Kedah Darul Aman dalam perlawanan pertama Liga Super 2021. Beliau masuk menggantikan Safawi Rasid dan kini telah bermain sebanyak 20 perlawanan liga.

Advertisements
Gambar dari Facebook Football Association of Malaysia

Pemain sayap kanan ini telah menjaringkan 2 gol dan 3 assist bersama JDT malah beliau turut mampu beraksi di bahagian sayap kiri pasukan. Arif disenaraikan dalam kesebelasan utama sebanyak 13 kali oleh Benjamin Mora pada musim ini.

  • Harith Haiqal (19 tahun)

Walaupun hanya beraksi sebanyak 66 minit dalam 2 perlawanan musim ini, Harith Haiqal telah menjadi antara pemain muda yang beraksi di Liga Super apabila diturunkan sewaktu berumur 19 tahun 1 bulan 9 hari. Pemain pertahanan tengah ini antara prospek muda dalam skuad Selangor FC musim ini.

Advertisements
Gambar dari Facebook Selangor FC
  • Sikh Izhan Nazrel (19 tahun)

Sikh Izhan diturunkan dalam perlawanan Selangor FC menentang kedah Darul Aman yang menyaksikan Selangor menang selesa 4-2. Penjaga gol ini diturunkan sewaktu beliau berumur 19 tahun 3 bulan 27 hari.

Gambar dari Facebook Selangor FC

Sikh Izhan merupakan bekas anak didik Lim Teong Kim di Akademi Mokhtar Dahari malah beliau turut pernah diintai beberapa di kelab Sepanyol sebelum ini.

Advertisements
  • Harith Naem Jaineh (19 tahun)

Pemain kelahiran Kota Belud, Sabah ini melakukan debut pertamanya bersama Sabah FC ketika bertemu JDT sebagai pemain gantian. Berumur 19 tahun 6 bulan 10 hari sewaktu diturunkan dalam perlawanan pertama beliau, Harith merupakan prospek muda skuad Sabah FC.

Gambar dari Facebook Sabah Football Club
  • Syaahir Saiful Nizam (18 tahun)

Syaahir Saiful Nizam antara pemain muda yang diturunkan oleh Dollah Salleh dalam saingan Liga Super musim ini. Syaahir turut dicanang sebagai pengganti kepada Nik Sharif memandangkan beliau beraksi di posisi tengah pasukan Sri Pahang FC namun usia beliau belum dapat dipastikan sama ada 18 tahun atau sudah 19 tahun berikutan tiada data lengkap mengenai pemain muda ini.

Gambar dari Facebook Sri Pahang FC
  • Mukhairi Ajmal (19 tahun)

Salah satu prospek muda Selangor yang meraih perhatian peminat bola sepak kerana baru berusia 19 tahun 3 bulan 27 hari sewaktu diturunkan menentang JDT dalam saingan Liga Super 2021. Walaupun sudah melakukan debut Liga Super bersama PKNP, Mukhairi masih lagi antara pemain termuda bermain di Liga Super waktu kini.

Gambar dari Facebook Selangor FC

Antara pemain muda berusia 20 tahun yang turut beraksi di Liga Super 2021 ialah Rahadiazli Rahalim (Terengganu FC), Nashran Elias (UiTM FC), Azam Azmi (Terengganu FC), Hazim Abu Said (Melaka United) dan Aiman Afif (Kedah Darul Aman).

Penutup

Penampilan pemain-pemain muda ini telah merancakkan lagi saingan Liga Super malah ada pemain yang dilihat mempunyai potensi besar dan bakal menjadi pemain bintang pada masa hadapan. Pembangunan pemain muda amat penting bagi sesebuah kelab bola sepak dalam melahirkan pemain yang berkualiti.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram