Gandingan Aaron Chia dan Aaron Tai antara empat gandingan baharu yang diumumkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) bagi menghadapi tiga kejohanan Jelajah Dunia Persekutuan Badminton Sedunia (BWF).
Selain Aaron-Aaron, BAM turut mengumumkan gandingan Man Wei Chong-Soh Wooi Yik, Tee Kai Wun-Yap Roy King dan Arif Junaidi-Kang Khai Xing.
Empat gandingan ini bakal menghadapi tiga kejohanan iaitu China Open 2026, Taipei Open 2026 dan Korea Open 2026. Saingan Japan Open 2026 pula menyaksikan dua regu kembali disatukan.
Arif bakal kembali bergandingan dengan Roy King dan Aaron bersama Khai Xing. Hanya gandingan Wei Chong-Wooi Yik saja yang dikekalkan untuk kejohanan itu.
Gandingan Aaron dan Kai Wun yang diumumkan sebelum ini akan mula bersaing sebagai satu regu untuk saingan Jelajah Dunia BWF di Eropah pada Oktober ini.
Sebelum ini, gandingan Aaron-Wooi Yik dan Wei Chong-Kai Wun dipisahkan untuk membentuk dua regu baharu. Ini berdasarkan dokumen senarai pemain yang akan menghadapi Japan Open.
Pembentukan gandingan baharu ini dilihat usaha BAM mempelbagaikan corak permainan pemain beregu badan induk itu. Selain itu, ia dilihat menyuntik semangat mereka untuk tampil cemerlang bersama gandingan baharu.