Aaron Chia-Wooi Yik Muncul Juara Singapore Open, Kalahkan Won Ho-Seung-jae
UltraSukan
Olympic Malaysia

Bekas juara dunia 2022, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik dipaksa bekerja keras sebelum bergelar juara Singapore Open 2025.

Aaron-Wooi Yik menewaskan wakil Korea Selatan, Kim Won-ho dan Seo Seung-jae di pentas final kejohanan itu.

Selepas menewaskan beregu India, Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty di peringkat separuh akhir, Aaron-Wooi Yik berpeluang menambah satu lagi gelaran juara untuk tahun 2025.

Meskipun begitu, Won-ho dan Seung-jae menjadi penghalang antara mereka dan trofi kejohanan. Ini ditambah beregu Korea Selatan itu pernah menewaskan Aaron-Wooi Yik dalam saingan India Open.

Set pertama menyaksikan beregu ke-10 dunia itu mendahului beregu negara pada kedudukan 11-8. Meskipun cuba dicabar Aaron-Wooi Yik, Won-ho-Seung-jae mengungguli set pertama dengan keputusan 21-15.

Set kedua menyaksikan kedua-dua beregu bersaing sengit merebut mata. Pada satu ketika, kedua-dua beregu terikat pada kedudukan 15-15.

Aaron-Wooi Yik kemudiannya memanfaatkan beberapa kesilapan beregu Korea Selatan itu untuk meraih kemenangan 21-18. Ini menyebabkan perlawanan diheret ke set penentuan.

Set ketiga menyaksikan Aaron-Wooi Yik meneruskan permainan agresif mereka di atas gelanggang. Ini membolehkan juara Asia itu mendahului pada kedudukan 11-9.

Aaron-Wooi Yik terus melebarkan kelebihan mereka sebelum meraih kemenangan dengan keputusan

Ini trofi ketiga mereka untuk musim 2025 selepas gelaran juara Badminton Asia Championship dan Thailand Open.