Ads
Aaron Chia-Wooi Yik Pulang Bawa Cabaran Malaysia
UltraSukan
Olympic Malaysia

Beregu lelaki utama Malaysia, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik bakal kembali menggegar arena badminton antarabangsa pada Oktober ini.

Advertisements

Selepas berjaya mempertahankan pingat gangsa acara beregu lelaki dalam Sukan Olimpik 2024 di Paris, Perancis, beregu kelima dunia itu tidak menyertai beberapa kejohanan Persekutuan Badminton Sedunia (BWF) sejak Ogos lalu.

Advertisements

Ini bagi membantu Wooi Yik pulih daripada kecederaan metatarsal yang dialaminya semasa saingan suku akhir Sukan Olimpik 2024.

Advertisements
Advertisements

Keadaan ini menyebabkan Aaron-Wooi Yik memilih untuk tidak menyertai beberapa kejohanan jelajah BWF seperti Japan Open 2024, Hong Kong Open 2024 dan China Open 2024.

Kini, wartawan sukan TV3, Syakirah Zulkifly melaporkan Aaron-Wooi Yik bakal kembali ke gelanggang. Ini selepas juara Denmark Open 2023 itu bakal beraksi dalam Arctic Open 2024 yang membuka tirainya pada 8 Oktober ini.

Advertisements

“Beregu lelaki utama negara, Aaron Chia – Soh Wooi Yik akan kembali di Terbuka Finland (Arctic Open 2024) 8 Oktober depan. Diikuti Terbuka Denmark pada minggu berikutnya selaku juara bertahan,” katanya di X.

Advertisements

Aaron-Wooi Yik dijangka bersaing dengan rakan senegara yang juga regu kelapan dunia, Nur Izzuddin Rumsani dan Goh Sze Fei di kejohanan tersebut.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram