Advertising
Abu Kamara Dalam Radar Kelantan DN
MakanBola
Kuching City FC

Bekas penyerang Kuching City FC, Abu Kamara berpotensi kembali mewarnai Liga Malaysia (Liga M) bersama Kelantan Darul Naim FC (KDN FC).

Isu penyudah tumpul menghantui pasukan yang dibimbing Park Jae-hong itu sejak permulaan musim 2024/25. Berdasarkan statistik liga, Kelantan DN hanya menjaringkan empat gol dalam lapan perlawanan.

Ad

Isu sama juga mendorong pengurusan Kijang Emas melepaskan khidmat dua peledak import, Chadrack Muzungu dan Valdumar Augusto Te. Ini selepas kedua-dua penyerang gagal menyumbat sebarang gol bersama Kelantan DN.

Ad

Kini, nama Kamara dikaitkan dengan kekosongan yang ditinggalkan Muzungu dan Valdumar di Kota Bharu. Ini berdasarkan khabar angin perpindahan yang dikongsikan wartawan sukan The Star, T. Avineshwaran.

“Difahamkan bekas penyerang Kuching City, Abu Kamara bakal menyertai Kelantan Darul Naim dalam tetingkap perpindahan kedua,” katanya menerusi satu ciapan di X.

Ad

Penyerang berusia 27 tahun itu memiliki rekod baik dalam Liga M bersama Kuching City. Musim 2023 menyaksikan Kamara menyumbat 13 gol dalam 25 untuk The Cats.

Ad

Penyerang Liberia itu kemudiannya menyertai kelab Emiriah Arab Bersatu (UAE), Dibba Al-Hisn pada awal tahun 2024. Walau bagaimanapun, Kamara kemudiannya dilepaskan kelab berkenaan pada 1 Julai lalu.

Ad

Sekiranya perpindahan ini menjadi kenyataan, Kamara bakal menyertai Michal Jerabek, Kim Li-kwan, Oday Kharroub, Jung Byoung-ju, David Ribera, Goo Ah-hwoi dan Bae Kyung-hwan sebagai tenaga import Kelantan DN.