Aksi kedua Kumpulan l Liga Juara-Juara AFC (ACL) antara Kawasaki Frontale dan Ulsan Hyundai berkesudahan dengan kemenangan memihak kepada
Perlawanan yang berlangsung di Stadium Todoroki Atlethics menyaksikan kedua-dua pasukan menurunkan kesebelasan terbaik.
Tuan rumah berjaya melancarkan 7 percubaan ke arah gawang lawan namun hanya satu sahaja yang tepat ke sasaran.
Keputusan pengendali Kawasaki Frontale, Toru Oniki menggandingkan Leandro Damiao, Marcinho dan Yusuke Segawa tidak membuahkan hasil.
Babak pertama menyaksikan kedua-dua pasukan saling bertukar serangan untuk mencari gol pembukaan.
Aksi 45 minit tamat dengan keputusan 0-0.
Bersambung babak kedua, tuan rumah cuba untuk menekan Ulsan Hyundai untuk mencari gol pendahuluan.
Kemasukan Martin Adam tidak membuahkan hasil oleh pasukan pelawat apabila masih kebuntuan jaringan.
Detik yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba apabila kapten pasukan, Kento Tachibanada melepaskan satu rembatan kencang melepasi kawalan penjaga gol Ulsan, Hyeon-woo Jo pada minit ke-89.
Kemenangan memihak kepada Kawasaki Frontale dengan keputusan 1-0.