Advertisement
ACL: Pohang Steelers ‘Hantar’ Urawa Reds Di Ambang Penyingkiran
ACL
MakanBola
J-League

Pertarungan antara dua pasukan gergasi Asia, Urawa Reds dan Pohang Steelers berkesudahan dengan kemenangan berpihak kepada Pohang Steleers.

Perlawanan ini menyaksikan kedua-dua pasukan menurunkan kesebelasan terbaik dalam misi memburu tiga mata.

Aksi getir ini berlangsung sengit dengan kedua-dua pasukan saling bertukar serangan.

Tuan rumah mencari gol pembukaan namun Urawa Reds berjaya menjaringkan gol pembukaan menerusi Jose Kante hasil bantuan daripada Ekanit Panya.

Aksi babak pertama tamat dengan keputusan 1-0.

Bersambung babak kedua, giliran Pohang Steelers meledak apabila kealpaan benteng pertahanan pelawat dihukum oleh Zeca menerusi sepakan penalti.

Beberapa percubaan penting yang dilakukan oleh jentera serangan Urawa Reds berjaya dinafikan oleh Hwang In-jae untuk memastikan kedudukan kekal terikat.

Tambahan masa 12 minit yang disangka tidak mampu mengubah keputusan perlawanan bertukar tragedi apabila Kim In-sung meledak pada minit ke-94.

Keputusan akhir menyaksikan Urawa Reds tewas kali kedua kepada lawan yang sama.

Pohang kekal memimpin Kumpulan J dengan 12 mata manakala Urawa Reds di tangga kedua dengan hanya 4 mata.