Advertisement
ACL2: DH Cebu Rampas Mata Berharga Dari Muangthong United
ACL
MakanBola
DH Cebu

Kelab Filipina, Dynamic Herb Cebu FC (DH Cebu) mempamerkan semangat juang yang tinggi sebelum mengikat kelab gergasi Thailand, Muangthong United pada Rabu.

Muangthong yang beraksi di gelanggang sendiri telah membariskan skuad terkuat dengan bekas pemain Liverpool, Aly Cissokho menjadi tunjang di bahagian pertahanan manakala DH Cebu pula memulakan permainan dengan lima pemain diletakkan di bahagian pertahanan.

Perlawanan dimulakan dengan penguasaan penuh dipamerkan Muangthong yang jelas berkelebihan dari segi kualiti pemain.

Di kala pemain Muangthong sedang rancak membina serangan, DH Cebu mengjutkan ribuan penyokong tuan rumah apabila Rhino Goutier meletakkan pasukan pelawat di hadapan untuk memberikan kelebihan jaringan buat DH Cebu.

Ketinggalan satu jaringan, Muangthong cuba memperkemaskan permainan dengan hantaran-hantaran yang tepat.

Kedudukan 1-0 itu kekal sehingga tamat separuh masa pertama. Walaupun penguasaan yang dihasilkan Muangthong melebihi 70 peratus namun ketumpulan penyudah menjadi penghalang untuk mencetak gol.

Bersambung babak kedua, Muangthong kembali meneruskan penguasaan yang memaksa pasukan pelawat lebih bertahan.

Serangan bertali arus Muangthong sejak awal permainan membuahkan hasil apabila Felicio Brown menyamakan kedudukan pada minit ke-53.

DH Cebu amat jarang melancarkan serangan sememandangkan taktikal penguasaan bola yang dipamerkan Muanthong menyebabkan pemain lawan sukar untuk mendapatkan penguasaan bola lebih lama.

Pada minit ke-79, Emil Roback menggembirakan penyokong tuan rumah selepas bekas pemain AC Milan itu meledak jaringan kedua Muangthong pada minit ke-79 sekali gus mengubah kedudukan menjadi 2-1 ,memihak tuan rumah.

Ketika perlawanan hampir tamat, Rintaro Hama meledaj jaringan penting untuk mengakihi perlawnan dengan keptusan terikat 1-1.

Keputusan ini bermaksa Muangthong dan DH Cebu masih tercari-cari kemenangan pertama dalam saingan ACL 2 selepas 3 perlawanan yang telah diharungi.