Lion City Sailors bangkit mengikat Persib Bandung dalam aksi Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) di Stadium Jalak Harupat Soreang.
Persib Bandung yang dikendalikan oleh Bojan Hodak mempertaruhkan Kevin Mendoza selaku penjaga gawang utama pasukan.
Lion City Sailors pula membariskan gandingan Rui Pires dan juga Song Ui-young untuk mengemudi jentera tengah pasukan.
Persib Bandung terpaksa menunggu hingga minit ke-43 untuk memecahkan kebuntuan menerusi jaringan Tyronne del Pino.
Jaringan tersebut kekal hingga tamat aksi separuh masa pertama namun hanya 4 minit permainan memasuki babak kedua, giliran Lion City pula menjaringkan gol.
Bailey Wright kembali menyamakan kedudukan untuk Lion City menjadikan kedudukan kini terikat 1-1.
Malang berganda buat Persib Bandung apabila Dimas Drajad dilayangkan kad merah pada minit ke-51 sekaligus memaksa Persib bermain dengan 10 pemain.
Lion City cuba mencari gol kedua menerusi beberapa percubaan namun tiada jaringan yang dapat dihasilkan hingga tamat permainan.
Perlawanan tamat dengan keputusan seri 1-1 menyaksikan kedua-dua pasukan berkongsi 1 mata berharga.
Lion City kini berada di kedudukan kedua kumpulan F dengan mengumpul 4 mata manakala Persib Bandung kekal di tangga terakhir dengan mengutip 1 mata.
Lion City dan Persib Bandung akan bertemu buat kali kedua untuk aksi keempat ACL2 pada 7 November kelak.