Wakil dari Indonesia, Persib Bandung mencatat kemenangan bergaya mengatasi kelab dari Singapura, Lion City Sailors dalam aksi Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2).
Dua gol pendahuluan dari Lion City Sailors di babak pertama perlawanan seawal minit keenam menerusi Shawal Anuar dan jaringan Maxime Lestienne tidak cukup untuk memberikan kemenangan buat pasukan di laman sendiri.
Kebangkitan yang dilakukan Persib Bandung di separuh masa kedua telah meranapkan impian Lion City untuk meraih kemenangan ketiga di peringkat kumpulan.
Skuad kendalian Bojan Hodak memanfaatkan 10 minit terakhir perlawanan untuk menjaringkan gol bermula dengan tandukan daripada pemain gantian, David Da Silva pada minit ke-82.
Di waktu kecederaan, pemain pertahanan Mateo Kocijan selepas menyudahkan hantaran daripada Mailson Lima. Pada minit ke-90+5, penyerang sensasi Persib, Tyronne muncul wira pasukan apabila menjaringkan gol ketiga Persib sekaligus memberikan kemenangan buat pasukan pelawat.
Aksi yang berlangsung di Stadium Jalan Besar itu tamat dengan keputusan Lion City Sailors 2-3 Persib Bandung.
Dalam saingan Kumpulan F ketika ini, Lion City berada di kedudukan kedua dengan tujuh mata selepas empat perlawanan. Persib Bandung pula di kedudukan ketiga dengan empat mata selepas hanya satu kemenangan dan satu keputusan seri dicatat.