Perlawanan saingan AFC Champions League Two (ACL2) menyaksikan wakil dari China Zhejiang iringan langkah Persib Bandung tersingkir awal.
Kedua-dua pasukan membariskan kesebelasan utama terbaik oleh kerana ini merupakan perlawanan terakhir untuk mengesahkan kelayakan ke pusingan 16.
Selepas 15 minit permainan, pasukan pelawat, Zhejiang membuka jaringan pertama pasukan menerusi ketua pasukan, Franko Andrijasevic.
Kemudian pada minit ke-22, pemain sayap import Zhejiang, Jean Evrard Kouassi menjaringkan gol kedua pasukan selepas kesilapan daripada pertahanan Persib Bandung.
Pada minit ke-31 permainan, tuan rumah Persib Bandung akhirnya membuka jaringan pertama menerusi Beckham Putra Nugraha.
Selang 10 minit permainan, ketua pasukan Zhejiang mencatatkan jaringan kedua peribadi menggandakan gol ketiga pasukan.
Separuh masa pertama, Persib Bandung 3-1 Zhejiang.
Pemain sayap import Zhejiang, Jean Evrard Kouassi menjarakkan lagi jumlah jaringan apabila berjaya menjaringkan gol keempat pasukan selepas serangan balas yang pantas pada minit ke-58 permainan.
Pemain gantian Persib Bandung, David Da Silva menjaringkan gol kedua pasukan dengan tandukan deras menewaskan penjaga gol Zhejiang, Bo Zhao pada minit ke-70 permainan.
Satu minit sebelum tamat aksi, Persib Bandung berjaya merapatkan kedudukan dengan jaringan ketiga menerusi sepakan penalti yang diambil oleh, Tyronne.
Persib Bandung tunduk di laman sendiri dengan 3-4 Zhejiang. Zhejiang menamatkan saingan dengan 9 mata sementara Persib 5 mata.