ACLE: 9 Kelab Kunci Slot Pusingan Kalah Mati
MakanBola
MCFC/AHSC

9 pasukan sudah pun memastikan slot ke pusingan kalah mati AFC Champions League Elite (ACLE) lebih awal.

Saingan ACLE bagi minggu ke-7 telah pun menamatkan aksi dengan kesemua 12 pasukan dari Zon Barat dan Timur telah turun beraksi sejak hari Isnin lalu melibatkan 12 perlawanan.

Dengan berbaki satu lagi perlawanan dalam format liga ini, sebanyak 9 kelab telah mengunci tiket lebih awal untuk ke pusingan kalah mati hasil persembahan cemerlang selama ini.

Di Zon Barat, Al-Hilal tampak konsisten tanpa mengalami sebarang kekalahan yang direkodkan bagi mengumpul 19 mata hasil 6 kemenangan dan satu keputusan seri setelah 7 aksi.

Kelab gergasi Arab Saudi ini berjaya memastikan tiket ke pusingan kalah bersama-sama 4 lagi wakil dari Zon Barat iaitu juara bertahan, Al-Ahli, Tractor, Al-Wahda dan Al-Ittihad.

Manakala bagi Zon Timur, 3 kelab dari Jepun iaitu Sanfrecce Hiroshima, Vissel Kobe dan Machida Zelvia unggul di puncak untuk layak lebih awal beraksi di pusingan kalah mati nanti.

Melbourne City dari Australia turut mengiringi 3 kelab Jepun itu ke pusingan 16 terakhir setelah merekodkan kemenangan dramatik 2-1 ke atas Ulsan HD dari Korea Selatan baru-baru ini.

Nasib wakil tunggal Malaysia di ACLE, Johor Darul Ta’zim (JDT) pula akan ditentukan dalam aksi terakhir berdepan Vissel Kobe nanti apabila kini menduduki tangga ke-7 Zon Timur.