Posisi Johor Daru Ta’zim (JDT) dalam carta AFC Champions League Elite (ACLE) turun satu anak tangga daripada kemas kini minggu lalu.
Saingan minggu ke-7 ACLE menutup tirai pada Rabu dengan 6 perlawanan telah berlangsung yang turut melibatkan kelab dari Malaysia, JDT yang turun bertemu Sanfrecce Hiroshima.
Walau bagaimanapun, JDT terpaksa akur dengan kehandalan kelab gergasi Jepun itu apabila berhasil bangkit meledak dua gol untuk menumpaskan skuad Harimau Selatan 2-1 di laman mereka.
Keputusan 2-1 itu menyaksikan JDT masih kekal mengumpul 8 mata selepas 7 perlawanan dan turun satu anak tangga ke kedudukan ke-7 berbanding tempat ke-6 ketika sebelum aksi bermula.
Hal ini turun didorong oleh kemenangan Buriram United ke atas Chengdu Rongcheng yang membantu jaguh Thailand tersebut memintas JDT dan kini berada di kedudukan ke-5.
Kedudukan semasa ACLE ini membuatkan JDT kini berdepan tugas berat pada aksi terakhir peringkat liga minggu hadapan apabila melayani kunjungan sebuah lagi kelab gergasi Jepun, Vissel Kobe.
JDT wajib mencatatkan kemenangan untuk memastikan slot ke peringkat kalah mati lebih terjamin tatkala keputusan seri memerlukan mereka menanti keputusan di venue-venue lain.