ACLE: Aksi Ulangan JDT vs Buriram United Jadi Kenyataan
MakanBola
Johor Southern Tigers

Pertemuan dinantikan ramai antara Johor Darul Ta’zim (JDT vs Buriram United sekali lagi menjadi kenyataan dalam aksi AFC Champions League Elite (ACLE).

JDT dan Buriram masing-masing berjaya menempatkan diri dalam kelompok 8 kelab terbaik bagi carta kedudukan ACLE zon Timur setelah menamatkan aksi pusingan liga di tangga ke-3 dan ke-6.

Berdasarkan format di pusingan 16, pasukan dari zon yang sama akan bertemu sekali lagi dengan aturan lawan adalah mengikut kedudukan akhir setelah 8 perlawanan pusingan liga tamat.

Ad

Kedudukan akhir menyaksikan JDT yang berada di tangga ke-3 akan berdepan pasukan di tempat ke-6 iaitu Buriram United sekaligus menjanjikan aksi derbi Asia Tenggara di pusingan 16 ACLE.

Ad

Menerusi hantaran oleh Johor Southern Tigers pada Khamis, JDT dan Buriram United akan berentap dalam format timbal balik di pusingan 16 terbaik dengan aksi pertama pada 4 Mac di laman lawan.

Seminggu kemudian, JDT akan kembali ke Stadium Sultan Ibrahim untuk melayani kunjungan Buriram United dengan aksi itu akan menjadikan penentuan tiket ke suku akhir ACLE.

Ad
Ad

Kali terakhir kedua-dua dua jaguh Asia Tenggara ini bertemu adalah ketika pusingan liga di Stadium Sultan Ibrahim pada 3 Disember lalu yang menyaksikan JDT dan Buriram terikat seri tanpa jaringan.

Pada aksi tersebut juga, 3 layangan kad merah diberikan oleh pengadil dengan dua buat pemain JDT, Murillo dan Park Jun-heong serta seorang pemain lawan, Theerathon Bunamthon yang melakukan tindakan tidak sopan kepada Arif Aiman.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments