Advertising
Theerathon Bunmathan Digantung 3 Perlawanan Akibat Mencuit Arif Aiman
MakanBola
BUFC/Astro Arena
Sponsors

Pertahanan Buriram United, Theerathon Bunmathan telah dijatuhkan hukuman penggantungan 3 perlawanan akibat tindakan nakal ke atas pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman.

Pada 3 Disember lalu, Buriram United hadir ke Johor bagi aksi ke-6 AFC Champions League Elite (ACLE) di Iskandar Puteri yang menyaksikan keputusan berakhir tanpa jaringan.

Ad

Walau bagaimanapun, aksi itu dicemari dengan 3 layangan kad merah oleh pengadil perlawanan dengan 2 daripadanya untuk pemain JDT, Murillo Henrique serta Park Jun-heong.

Ad

Seorang lagi pemain yang diarahkan keluar padang adalah pertahanan Buriram United, Theerathon Bunmathan kerana melakukan tindakan kurang sopan kepada pemain JDT, Arif Aiman.

Tindakan ‘nakal’ Theerathon itu menyebabkan Arif terbaring kesakitan dan semakan oleh VAR menyaksikan bek Thailand itu diperintah keluar padang oleh pengadil perlawanan dari Arab Saudi.

Ad

Menurut laporan Siamsports, keputusan oleh Jawatankuasa Disiplin Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) menyaksikan 3 penggantungan perlawanan dikenakan ke atas Theerathon Bunmathan.

Ad

“Berdasarkan mesyuarat Jawatankuasa Disiplin, keputusan menyaksikan Theerathon Bunmathan telah melakukan tindakan ganas.”

Ad

“Jadi terdapat 2 hukuman tambahan yang digabungkan dengan 1 penggantungan automatik, menjadikan jumlahnya 3 perlawanan,” lapor Siamsports.

Oleh itu Theerathon bakal terlepas dua perlawanan terakhir peringkat kumpulan bertemu Ulsan HD FC dan Gwangju FC yang dijadualkan pada 12 dan 18 Februari 2025 hadapan.

Sementara itu satu lagi perlawanan adalah pada aksi pertama pusingan 16 terakhir andainya Buriram United berjaya layak selain turut didenda sebanyak 2,000 USD bersamaan RM9 ribu.

Saingan ACLE akan kembali bersambung pada awal Februari hadapan dengan JDT akan terbang ke Australia dan bertemu Central Coast Mariners pada 11 Februari jam 4 petang waktu tempatan.