Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) membawa pemain sayap, Arif Aiman Hanapi ke Jeddah.
Pemain berusia 24 tahun itu tidak beraksi sejak November 2025 susulan kecederaan bersama pasukan kebangsaan.
Tonggak sayap lincah itu menjadi sandaran utama skuad Harimau Selatan pada aksi Liga Juara-Juara Elit Asia (ACLE) musim lalu dengan penglibatan jaringan terbesar.
Beliau bagaimanapun terlepas beberapa aksi ACLE 25/26 termasuklah ketika kejayaan peringkat kalah mati bertemu kelab Jepun, Sanfreece Hiroshima, bulan lalu.
JDT dilihat memiliki tonik tambahan di Arab Saudi selepas kelibat Arif dikesan bersama skuad JDT untuk terbang ke Jeddah.
Juara bertahan Liga Super itu dijadual menentang sama ada wakil Arab Saudi, Al-Ahli atau kelab Qatar, Al-Duhail.
Keberadaan Arif bakal memberi kekuatan tambahan dengan pemain itu sudah pun terlibat dengan 17 jaringan JDT di Liga Super 25-26.
Sebagai rekod, musim 25/26 menjadi pencapaian terbaik buat skuad Harimau Selatan sejak beraksi di ACLE dengan keputusan aksi Zon Barat bakal diketahui seawal 13 April 2026.