Buriram United catat kekalahan besar selepas diaibkan Yokohama FM dalam aksi Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) di Stadium Nissan.
Buriram United pada babak pertama perlawanan sudah dibolosi tiga jaringan selepas pemain Yokohama FM, Kenta Inoue membuka tirai jaringan pada minit ke-11 permainan.
Sebelum menuju ke bilik persalinan, Yokohama FM menggandakan jaringan menerusi sepakan penalti Anderson Lopes sebelum penjaga gol Buriram United, Neil Etheridge membolosi gawang sendiri untuk gol ketiga Yokohama. Aksi separuh masa pertama tamat, Yokohama FM 3-0 Buriram United.
Bersambung aksi di babak kedua, Yokohama FM melebarkan kedudukan dengan jaringan keempat sekali lagi menerusi Anderson Lopes pada minit ke-57 permainan.
Sebelum aksi tamat, Asahi Uneka menjaringkan gol kelima sekaligus memberikan tiga mata buat Yokohama FM.